Wednesday, August 23, 2023

(2) AL-BAQARAH 196

AL-BAQARAH 2:196

 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (196)

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 195

AYAT 196

 

Suruhan berbelanja di jalan Allah.

 

 

Ibadat haji dan umrah ada kaitan dengan wang.

 

 

[1] Infaq adalah hal yang melibatkan wang. Setelah Allah menyebut berkenaan infaq yang ada kaitan dengan perang, Allah sebut pula hal yang melibatkan wang juga, iaitu ibadat haji.

 

[2]  Ayat-ayat sebelum ini, disebutkan berkenaan perang yang tercetus di tanah dan waktu Haram, maka amat sesuai diceritakan pula berkenaan ibadat di tanah haram dan pada waktu haram, iaitu haji dan umrah.

 

[3] Ayat ini adalah hukum ke-8 setelah Allah menjelaskan perdebatan antara Nabi Muhammad dengan Kaum Yahudi. Sebelum ayat ini, sudah terdapat beberapa hukum yang dijelaskan semenjak awal dari surah al-Baqarah;

1.      Berkaitan dengan Qiblat; dari ayat 142

2.      Makanan halal; ayat 164.

3.      Hukum Qisas; ayat 178

4.      Hukum harta pusaka; ayat 180.

5.      Hukum puasa; ayat 183

6.      Hukum perang; ayat 190

7.      Hukum infaq; ayat 195

8.      Hukum haji dan Umrah; ayat 196.

 

Semua hukum-hukum yang dibincangkan dalam ayat-ayat ini adalah hukum-hukum yang sedang diamalkan oleh orang-orang yahudi, tetapi diperbetulkan hukum-hukum tersebut.

 

[4] Allah mulakan ayat ini dengan menyuruh agar sempurnakan ibadat haji dan umrah;

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ

 

Yang disuruh adalah SEMPURNAKAN haji dan UMRAH, bukan suruh buat haji dan umrah. Maka di sini, terdapat pelbagai pentafsiran ulama berkenaan hal ini.

 

a.      Ada kata, ia adalah suruhan agar tunaikan ibadat haji dan umrah dengan menjaga syarat, rukun, wajib dan sunat; yang semua ini dalam piawaian syariah. Hal ini dilihat pada penutup ayat yang menyuruh agar bertaqwa kepada Allah yang bermaksud hendaklah tunaikan itu secara TAAT, iaitu mengikut piawaian syariah.

 

b.      Ada kata, tunaikan ibadat haji dan umrah itu menggunakan harta yang halal dan baik.

 

c.       Ada pula kata, suruhan sempurna itu adalah dilihat pada kontek ayat; iaitu selepas Allah menjelaskan berkenaan keizinan perang di tanah haram (ayat 191) dan pada bulan haram (ayat 194), maka Allah menjelaskan berkenaan ibadat haji dan Umrah di tanah haram.

 

Walaupun perang di tanah haram tidak berlaku, tetapi al-Quran telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan perang jika tercetus di tanah haram. Ini sebagai “stanby” dengan kemungkinan-kemungkinan perang.

 

Apabila Allah menurunkan ayat berkaitan dengan perang, sedangkan perang tidak berlaku; lalu diturunkan pula ayat suruhan agar sempurnakan ibadat haji dan umrah, secara tersirat bahawa Allah sudah memberi isyarat bahawa Nabi saw bakal menunaikan ibadat haji dan umrah di Mekah dengan sempurna; iaitu terhindar dari sebarang unsur bid’ah dan khurafat.

 

[5] Sepertimana kita tahu, ibadat Haji dan Umrah adalah ibadat yang dimulai oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Hal ini ada disebut dalam ayat ke-127 dan 128 Surah al-Baqarah;

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (127) رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (128) – البقرة

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui * "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

 

Namun, selepas era Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, pelbagai khurafat dan bid’ah yang berlaku dalam ibadat Haji dan Umrah, seperti al-Quran pernah menyatakan bahawa kaum musyrikin mekah sudah lakukan ibadat tawaf sambil bersiul dan bertepuk tangan. Firman Allah;

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (35) – الأنفال

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu

 

Dalam hadis, dijelaskan bahawa mereka tawaf sambil telanjang. Dalam hadis—Ibn Abbas ada berkata;

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كَانَتِ الْمَرْأَةُ تَطُوفُ بِالْبَيْتِ وَهِيَ عُرْيَانَةٌ – مسلم 3028

“Dahulu wanita bertawaf di baitullah dalam keadaan telanjang

 

Dengan itu, apabila Nabi saw menguasai mekah dalam sejarah Fath Mekah, maka selepas itu Nabi saw dapat tunaikan ibadat Haji dan Umrah tanpa bercampur lagi dengan khurafat dan bid’ah. Justeru itu, ada ulama tafsirkan maksud وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ – dengan maksud, lakukan ibadat haji dan umrah tanpa bid’ah dan khurafat.

 

[6] Ada pula ulama tafsirkan, apabila disuruh agar sempurnakan haji dan umrah; ia adalah dalil bahawa ibadat tersebut bukan bermula dari Nabi Muhammad saw; ia sudah ada, tetapi kehadiran Nabi saw adalah untuk sempurnakan ibadat tersebut kepada cara ibadat yang betul.

 

[7] Suruhan itu pula, dipertegaskan dalam ayat dengan  لِلَّهِ – iaitu hati ikhlas penuh kerana Allah, walhal dalam sekian banyak ayat yang menyebut berkenaan ibadat-ibadat yang lain, tidak pula ada penegasan  لِلَّهِ?

 

Menurut Prof Shihab, Ibadat Haji dan Umrah itu dilakukan di tanah haram. Orang ke sana, mempunyai pelbagai tujuan, seperti tujuannya adalah sekadar singgah dari tempat lain sahaja, atau kerana mahu mendapat gelaran “Haji” di pangkal nama sahaja dan sebagianya.

 

Memandangkan ruangan untuk tidak ikhlas itu boleh berlaku, tidak hairan dipertegaskan dengan  لِلَّهِ dalam ayat.

 

[8] WAKTU TURUN: shihab kata, ayat ini disepakati para ulama bahawa ia diturunkan pada tahun ke-6 hijrah, iaitu sebelum stabilnya keadaan keamanan di mekah dan sekitarnya.

 

Adapun pemulaan bagi kefarduan ibadat Haji, HAMKA menyatakan bahawa ia sudah difardukan lebih awal lagi, iaitu pada tahun ke-4 hijrah. Hal ini disandarkan kepada firman Allah dari ayat ke-97 Surah Ali-Imran;

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (97) – ال عمران

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

 

Dalam pada begitu pun, PERLAKSANAAN HAJI pula mula dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah[1]. Iaitu, setahun selepas dari Fath Mekah yang permulaan rombongannya dikepalai oleh Abu Bakar al-Siddiq.

 

Menurut HAMKA, pada tahun itu, permulaan larangan orang musyrik buat ibadat di keliling kaabah serta dilarang juga melakukan tawaf dalam keadaan telanjang dan disertai bid’ah dan khurafat.

 

Adapun nabi saw pula, Baginda mengapalai rombongan haji pada tahun 10 hijrah yang dikenali dengan Haji Wada’.

 

Bermaksud, walaupun ibadat Haji sudah diwajibkan, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana wujud المانع iaitu penghalang kerana mekah ketika itu tidak ada kestabilan. Hal ini berlaku juga pada beberapa ibadat lain, seperti kewajipan solat jumaat. Perintah solat jumaat itu sudah diturunkan semasa Nabi saw di Mekah lagi, tetapi baginda tidak pernah lakukan solat jumaat kecuali selepas baginda sampai di madinah.

 

DIHALANG BUAT HAJI

[9] Apabila Allah suruh sempurnakan haji dan umrah, Allah menjelaskan beberapa perincian hukum terhadap ibadat tersebut. Dimulakan dengan logik, jika tidak dapat disempurnakan juga ibadat haji dan umrah itu, maka kena bayar Dam. Dalam perkataan lain, jika dihalang dari masuk ke mekah, maka cara nak sempurnakan ibadat tersebut dengan bayar dam;

فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

 

[10] Ulama fiqh berbeza pendapat berkenaan maksud أُحْصِرْتُمْ;

a.      Ada membataskan bahawa terhalang dari masuk ke mekah kerana halangan dari musuh.

 

Hujah mereka adalah melihat kepada ayat ini diturunkan berkaitan dengan Nabi saw dihalang masuk ke mekah dalam sejarah perjanjian Hudaibiyyah.

 

Demikian juga, mereka melihat kepada hadis DUBA’AH BINTI ZUBAIR yang nabi saw suruh dia tetap laksanakan ibadat haji walaupun dia menyatakan bahawa dia sedang sakit. Ini adalah pendapat Imam Syafie.

 

b.      Dalam pandangan jumhur ulama, tidak dibataskan kepada dihalang musuh. Bahkan, jika terhalang disebabkan sakit, kehabisan wang, dirompak dan sebagainya, maka ia termasuk juga pada maksud أُحْصِرْتُمْ.

 

Hujah mereka adalah perkataan أُحْصِرْتُمْ dalam ayat digunakan بناء المجهول yang memberi maksud umum. apabila ada makna yang umum, maka perlu dilihat pada illatnya, iaitu sebarang halangan dari sempurnakan ibadat haji dan umrah.

 

[11] Suruhan bayar Dam itu digunakan lafaz الهدي yang akar katanya sama dengan هدية iaitu diberikan hadiah kepada Baitullah al-Haram untuk menghampirkan diri kepadaNya[2].

 

Bayaran Dam itu pula, al-Quran menggunakan lafaz اسْتَيْسَرَ yang berasal dari kata يسر yang bermakna “mudah” atau “senang”, lalu dimasukkan pula kata است di pangkal perkataan yang memberi maksud “bersangatan mudah”.

 

Dengan itu, para ulama menyatakan, maksud dengan hadiah yang perlu dipersembahkan kepada baitullah itu, sekurang-kurangnya adalah seekor kambing.

 

TERPAKSA CUKUR KEPALA 

[12] Bagi kes melibat Nabi saw pada perjanjian Hudaibiyyah, baginda dan para sahabat sememangnya tidak boleh masuk ke Mekah untuk tunaikan ibadat haji pada tahun itu kerana dihalang, sedangkan baginda dan para sahabat sudah memakai ihram, makanya mereka perlu pulang ke Madinah.

 

Namun, untuk pulang ke Madinah tanpa sempurnakan ibadat haji, mereka perlu membuka ihram terlebih dahulu, sedangkan ihram tidak boleh dibuka kecuali mereka cukur kepala terlebih dahulu.

 

Untuk mencukur kepala sebagai cara buka ihram tanpa mereka sempurnakan ibadat haji, mereka perlu membayar denda, iaitu menyembelih dam. Makanya, al-Quran pun melarang mereka cukur kepala kecuali binatang dam perlu disembelih;

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

 

[13] Apabila ayat ada menyebut perkataan مَحِلَّهُ, dalam kalangan ulama fiqh, ada perbincangan berkenaan sembelih binatang dam itu, apakah perlu di mekah sahaja atau di tempat lain pun boleh?

a.      Hanafi berpendapat, perlu disembelih di mekah sahaja. tidak boleh di tempat lain. hal ini kerana, maksud dengan مَحِلَّهُ itu adalah mekah, kerana الهدي itu adalah memberi hadiah kepada Baitullah al-haram.

b.      Selain hanafi, mereka tidak syaratkan di Mekah. Makanya, perkataan مَحِلَّهُ ditafsirkan mereka sebagai tempat yang dihalang dari masuk ke Mekah. apatah lagi, dalam hadis ada menjelaskan bahawa dalam sejarah Sulh al-Hudaibiyyah, Nabi saw sembelih dam di Hudaibiyyah, bukan di Mekah.

 

[14] Dalam ayat, lafaz yang digunakan bersifat nafi dan isbat, iaitu “tidak” boleh cukur kepala kamu “SEHINGGA” binatang dam di tempatnya. Dengan itu, terdapat khilaf dalam kalangan ulama berkenaan; apakah disyaratkan sembelih dahulu, baru boleh bercukur?

A.       Hamka menyatakan, perlu sempurna sembelih dam terlebih dahulu, baru cukur kepada. Ini ditambah lagi dengan hadis bahawa Nabi saw pernah menyatakan bahawa baginda berkata: Aku tidak akan bertahallul kecuali setelah haiwan korban disembelih.

B.      Usaimin kata, tidak disyaratkan sembelih dahulu. Hal ini kerana, terdapat hadis bahawa semasa haji wada’ bahawa Nabi saw ditanya berkenaan orang yang cukur kepala, baru dia teringat bahawa dia belum sembelih lagi. Hal ini diizinkan oleh Nabi.

 

TERHALANG DARI CUKUR KEPALA

[15] Setelah dijelaskan berkenaan hukum orang yang menyembelih dan bercukur, maka boleh dia membuka ihram.

 

Namun, ada orang-orang tertentu yang terpaksa bercukur kepala ketika belum sampai masa untuk buka ihram lagi seperti sakit atau ada perkara yang menyakitkan pada kepalanya, maka al-Quran menyatakan bahawa dia perlu membayar fidyah dengan lakukan salah satu dari tiga perkara; sama ada

A.       berpuasa selama tiga hari, atau;

B.       sedekah dengan memberi makan kepada 6 orang miskin atau;

C.      Nusuk, iaitu dengan bayar dam seekor kambing;

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ

 

[16] Dalam ayat, digunakan lafaz حلق yang bermakna cukur. Justeru, jika seseorang itu sakit, maka dia tidak cukur, tetapi sekadar memotong beberapa helai rambutnya, apakah dia tetap perlu membayar fidyah?

 

Dalam hal ini, terdapat khilaf dalam kalangan ulama fiqh. Walaubagaimana pun, terdapat satu hadis bahawa Nabi saw berbekam semasa baginda sedang berihram.

 

Apabila berbekam, sudah pasti ada sedikit rambut di kepala perlu dicukur. Tidak terdapat satu riwayat pun menjelaskan bahawa ketika itu Nabi saw membayar fidyah. Maka di sini disimpulkan bahawa yang dimaksudkan cukur itu adalah bukan mesti seluruh kepala. Jika cukur sedikit kepala, atau hanya gunting rambut sahaja, maka tidak dikenakan fidyah.

 

[17] ASBAB AL-NUZUL: asal ayat ini diturunkan berkait dengan seorang Sahabat Nabi yang bernama KAAB BIN UJRAH. Dia ditimpa penyakit bahawa kutu menguasai kepalanya sehingga merebak ke mukanya. Nabi saw bertanya hal itu kepadanya. Setelah dia maklumkan berkenaan penyakit kepalanya itu, Baginda pun arahkan dia cukur kepala dan suruh menyembelih seekor kambing.

 

HAJI TAMATTU’

[18] Hukum yang dijelaskan di atas, jika dalam keadaan احصرتم, iaitu dihalang. Adapun jika tidak dihalang, maka al-Quran menyebut berkenaan haji tamattu’, iaitu sebelum haji ditunaikan bahawa kita tunaikan umrah terlebih dahulu. Selepas selesai buka ihram umrah, pada 8 zulhijah, dia mula pula ibadat haji.

 

Dalam pada begitu, al-Quran menyuruh agar dibayar dam dengan kadar yang paling mudah yang rata-rata ulama menyatakan sekadar seekor kambing;

فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

 

[19] maksud dengan أَمِنْتُمْ ini, tidak sekadar negara aman, tetapi termasuk juga tidak ada sebarang halangan, sama ada halangan berbentuk musuh atau halangan sakit.

 

[20] Sengaja Allah menyebut haji tamattu’ berbanding haji Qiran dan Haji Ifrad, kerana di era Jahiliyyah, haji tamattu’ dianggap sebagai haji yang paling buruk. Maka islam hadir menggambarkan bahawa kepercayaan sebegitu tidak benar sama sekali.

 

TIDAK MAMPU DAPATKAN DAM

[21] Bagi orang yang haji tamattu’, dia perlu membayar dam, iaitu sekurang-kurangnya seekor kambing. Namun, bagi orang yang tidak dapati seekor kambing pun, maka dia perlu membayar denda dengan berpuasa dalam dua konteks;

A.                  3 hari semasa dalam haji.

B.                  7 hari selepas berangkat pulang dari haji.

 

[22] berkenaan 7 hari selepas berangkat pulang dari haji, ulama ada berbeza pendapat seperti berikut;

a.                  Perlu sampai di kampung halaman.

b.                  Tidak semestinya sampai. Jika lakukan puasa dalam perjalanan pun sudah memadai.

 

[23] setelah disebut berkenaan puasa 3 hari semasa dalam haji, dan 7 hari selepas berangkat pulang, untuk nak elak dari orang salah faham, maka dipertegaskan lagi dengan menyebut 10 hari secara sempurna;

تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

 

Hal ini kerana, dalam masyarakat arab, apabila disebut 7 hari, sering difahami sebagai BANYAK, bukan dengan secara tepat bermaksud 7 hari. Salah faham ini dihindari dengan dita’kidkan dengan ayat ini.

 

HUKUM UNTUK PENDUDUK SELAIN MEKAH

[24] Semua perbahasan hukum dari ayat ini tertumpu kepada mereka yang bukan penduduk tanah haram. Bagi penduduk mekah, tidak timbul isu halangan untuk masuk ke tanah haram;

لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

 

IBADAT ADALAH TAAT

[25] Apabila Allah menyebut berkenaan aturcara ibadat, Allah berpesan agar bertaqwa kepada Allah. Pesanan yang sama banyak dilakukan oleh Allah dalam ayat-ayat hukum sebelum ini;

 

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (179) كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ (180)

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

 

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (187)

 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (189)

 

الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194)

 

Hal ini kerana, hukum-hukum yang diperjelaskan ini sebagai “counter” terhadap hukum-hukum yang menjadi amalan orang-orang terdahulu yang mereka lakukan amalan ibadat berasaskan kepada bid’ah dan khurafat, bukan ketaatan kepada Allah.

 

[26] Dalam pada Allah berpesan agar taat, Allah tutup ayat dengan menyebut azabnya yang maha dahsyat. Ia sebagai ingatan, azab neraka amat berat kepada pelaku bid’ah dan khurafat dalam mereka cipta hukum yang bukan dari ajaran tuhan.

 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

 

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah”

 

[27] menurut IBN AL-FARIS, dari sudut lughah, perkataan الحج yang boleh dibaca dengan “AL-HAJ” atau
“AL-HIJ” bermaksud
القصد (tujuan), dan perkataan عمرة bermaksud ziarah[3]. Apabila bermaksud القصد, ia bermakna mahu tuju ke situ pada setiap tahun[4].

 

Dalam kupasan ASYUR, ia bermaksud berulang-ulang mengqasadkan kepada sesuatu atau banyak terfokus terhadap sesuatu perkara[5].

 

Haji adalah ibadat yang paling popular dari kalangan orang arab. Ia ibadat yang mereka warisi dari syariah Nabi Ibrahim. Hal ini ada disebut oleh al-Quran;

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ (26) وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27)

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang) * "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

 

[28] Dalam budaya masyarakat zaman Nabi, orang yahudi juga ada lakukan ibadat haji. Mereka lakukan haji ke tempat yang ada tabut iaitu Haikal (Ursyalim), iaitu masjid al-Aqsa. Mereka lakukan setiap tahun sebanyak tiga kali. Di sana, mereka sembelih korban[6].

 

Bagi masyarakat Nasrani, haji yang mereka lakukan adalah ziarah tempat kelahiran Nabi Isa dan ziarah Ursyalim, ziarah kubur Marbulis dan kubur Marbutrus di Rom. Sebelum kedatangan islam, orang nasrani selalu lakukan haji di Asqalan, di sekitar pantai syam[7]. Yunan pula, mereka menjadikan OLOMBIA dan HAIKAL sebagai tempat haji mereka[8].

 

[29] Perkataan اتموا;

a.      Sufyan al-Sauri kata, maksudnya adalah sempurnakan tujuan ke sana, iaitu tidak dicampurkan dengan tujuan lain. iaitu, jangan tunaikan haji dan umrah itu sekadar sambil-sambil sahaja, seperti sekadar singgah ketika dalam permusafiran ke tempat lain[9].

b.      IBN HABIL kata, sempurnakan itu adalah tunaikan haji atau umrah dengan ifrad (tersendiri), bukan secara tamattu’ dan bukan secara Qiran[10].

c.       MUQATIL pula kata, tunaikan ibadat tersebut dengan duit belanja yang halal dan baik[11].

d.      IBN KATHIR kata, maksudnya adalah اقيموا الحج والعمرة (Tunaikan Haji dan Umrah).

e.      IBN ABBAS (dari riwayat ALI BIN ABI TALHAH), maksudnya adalah tidak halal bagi orang yang pakai ihram haji dan umrah kecuali dia perlu sempurnakan haji dan umrah tersebut apabila dia sampai hari al-Nahri, apabila dia lontar jamrah al-aqabah, tawaf keliling kaabah, sai di safa dan marah.

 

[30] SEBAB TURUN: IBN KARTHIR bawakan satu riwayat bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw dalam keadaan berlumuran dengan Za’faran dalam keadaan dia pakai jubah. Dia berkata: bagaimana kamu suruh aku lakukan dalam umrah aku? Lalu, turun ayat وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ. Nabi saw pun berkata: Di mana orang yang bertanya berkenaan umrah tadi? Dia pun jawab: ha, aku di sini. Nabi pun berkata kepadanya: buka pakaianmu, kemudian mandi. Istinsyaq pada kemampuanmu. Kemudian, pada perkara yang kamu lakukan dalam haji kamu, lakukan dalam umrah kamu juga” (Ibn kathir kata, hadis ini gharib dan siyaq hadis juga pelik)[12].

 

Dalam riwayat yang lain (dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim); Ya’la bin Umayyah menyebut berkenaan kisah seorang lelaki bertanya Nabi saw ketika baginda berada di Ji’ranah. Dia tanya Nabi: bagimana kamu nampak berkenaan lelaki yang pakai ihram umrah dalam keadaan dia pakai jubah dan wangian (dari jenis Za’faran). Nabi saw terdiam. Kemudian datang wahyu kepada baginda. Baginda pun angkat kepala seraya berkata: “siapa yang bertanya tadi?”. Dia pun jawab: Ha, aku di sini”. Nabi pun kata: Adapun jubah itu, kamu kena pecat. Adapun wangian itu yang melekat pada engkat, hendaklah kamu basuh. Kemudian, apa yang kamu lakukan dalam haji kamu, maka lakukannya dalam umrah kamu[13]

 

[31] menurut IBN ASYUR, MALIK dan ABU HANIFAH menjelaskan bahawa ayat ini bukan ayat hukum haji dan umrah, tetapi penjelasan terhadap cara ibadat haji dan umrah sahaja. Adapun ayat berkenaan kewajipan haji, itu disebut dalam ayat yang lain.

 

Namun, syafie menggunakan ayat ini sebagai dalil kewajipan umrah sepertimana Haji. Hal ini kerana, dalam ayat ini disuruh agar sempurnakan ibadat haji dan umrah. Jika disuruh sempurnakan, sudah pasti wajib lakukan ibadat terbabit dengan lakukan syarat dan rukuknya. Hal ini kerana, kaedah ada menyebut;

وَمَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

“tidak sempurna perkara wajib kecuali dengan buat perkara itu, maka buat perkara itu adalah wajib[14]

 

[32] Perbezaan antara haji dan Umrah adalah, haji tidak boleh dilaksanakan kecuali dalam bulan yang khusus, iaitu bulan Zulhijjah sahaja, sedangkan umrah tidak dikhususkan bulan tertentu. Ini disebut oleh UMAR BIN AL-KHATTAN, AL-HASAN dan ‘ATA’[15].

 

NABI DAN IBADAT HAJI

[33] Shihab menyatakan, ibadat Haji telah dimulai oleh Nabi Ibrahim. Namun, selepas itu, mekah telah didomonasi oleh Bid’ah dan kesesatan sehingga ibadat Haji dalam cara yang diajar oleh Nabi Ibrahim sudah kabur.

 

Walaupun usaha Nabi saw untuk ke Mekah dapat halangan dari Quraish sehingga tercetus perjanjian Hudaibiyyah yang kemudiannya pula; iaitu ketika Nabi saw dan para sahabat mahu lakukan Umrah al-Qadha’ dibimbangi kaum Quraish datang menyerang, maka turun ayat-ayat yang berkaitan dengan perang; lalu turun pula ayat ini, iaitu suruhan agar sempurnakan ibadat haji dan umrah. Secara tersirat, ia terkandung isyarat bahawa nabi saw bakal menguasai mekah dan seterusnya dapat menunaikan ibadat Haji dan Umrah dalam cara yang betul, iaitu ibadat haji dan umrah yang sudah tidak ada kandungan bid’ah dan khurafat[16].

 

Menurut HAMKA, ibadat haji secara sempurna dimulai pada tahun 9 hijrah, iaitu setahun selepas dari pembukaan kota mekah. Yang mengepalai rombongan ibadat Haji di mekah pada tahun itu adalah ABU BAKAR AL-SIDDIQ. Pada tahun itu, bermula larangan orang musyrik buat ibadat di keliling kaabah dan dilarang juga melakukan tawaf dalam keadaan terlanjang.

 

Adapun ibadat haji yang Nabi kepalai rombongan adalah pada tahu 10 hijrah, iaitu di tahun yang dikenali dengan HAJI WADA’ yang 82 hari selepas itu, Nabi saw pun wafat[17].

 

Menurut SHIHAB, Nabi saw menunaikan haji hanya sekali sahaja seumur hidup baginda[18].

 

NABI DAN IBADAT UMRAH

[34] Menurut IBN KATHIR, sabit bahawa Rasulullah saw melakukan umrah hanya 4 kali;

(1)               Umrah al-Hudaibiyyah pada bulan Zulqaedah tahun 6 hijrah.

(2)               Umrah al-Qadha’ pada bulan Zulqaedah tahun 7 hijrah.

(3)               Umrah al-Ji’ranah pada bulan Zulqaedah pada tahun 8 hijrah.

(4)               Umrah Nabi ketika baginda tunaikan haji pada tahun 10 hijrah. Juga umrah itu dilakukan dalam bulan zulqaedah[19].

 

[35] Kelebihan Umrah dilakukan dalam bulan Ramadan. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas bahawa Nabi saw ada berkata kepada Ummu Sinan al-Ansari;

فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ تَقْضِي حَجَّةً أَوْ حَجَّةً مَعِي  - البخاري 1863

“Umrah dalam bulan ramadan menyamai tunaikan haji (atau: tunaikan haji bersamaku)”

 

SEMPURNAKAN HAJI DAN UMRAHKERANA ALLAH

[36] Maksud sempurnakan ibadat haji dan umrah;

a.      Ada tafsirkan bahawa ia ditunaikan dalam keadaan tidak ada unsur bid’ah dan khurafat sepertimana yang pernah dilakukan oleh kaum quraish. Hal ini kerana, terdapat ayat al-Quran bahawa mereka tunaikan ibadat di situ secara tepuk tangan;

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (35) – الأنفال

Mereka tawaf sambil telanjang;

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: " كَانَتِ الْمَرْأَةُ تَطُوفُ بِالْبَيْتِ وَهِيَ عُرْيَانَةٌ – مسلم 3028

b.      Ia ditunaikan dengan cukup syarat, rukun dan sunatnya[20], iaitu bertepatan dengan syariah[21].

c.       Al-Razi bawakan pendapat yang menafsirkan bahawa ibadat haji dan umrah adalah ibadat khusus. Justeru, perlu ditunaikan dengan berhati-hati. Justeru, tunaikan ibadat haji dan umrah itu dengan berhati-hati[22].

 

[37] Dalam ayat ini, Allah menyuruh sempurnakan dalam menunaikan ibadat haji dan umrah itu, lalu disebutkan: لِلَّهِ – kerana Allah  yang merujuk kepada perlu ikhlas[23], kerana orang menunaikan ibadat Haji mempunyai tujuan yang pelbagai. Ada bertujuan perniagaan, ada tujuan melancong, apatah lagi di zaman sekarang, bagi orang yang buat ibadat haji, akan digelar dengan “Haji” di pangkal nama yang semua ini boleh mengalihkan tujuan ibadat haji yang ditunaikan kepada Allah[24].

 

SEJARAH IBADAT HAJI DAN UMRAH

[38] sebagaimana hukum puasa, ada kaitan dengan ibadat umat terdahulu. Sama juga dengan ibadat haji; ia bermula dari zaman Nabi Ibrahim. Walaupun mekah sudah didomonasi oleh kesyirikan dan berhala, tetapi ibadat haji tetap kekal diamalkan di mekah.

 

Memandangkan ibadat haji diamalkan dengan cara yang tidak betul, maka Allah mulakan ayat dengan menyebut أَتِمُّوا – sempurnakanlah. Ini bermakna, ibadat Haji dan umrah bukan pemulanya dari Nabi Muhammad, tetapi sudah ada sejak awal lagi[25].

 

[39] Bilakah Ibadat Haji mula disyariatkan:

a.      Ada pendapat menyatakan, ia berlaku pada tahun 4 hijrah. Hal ini dirujuk kepada ayat ke-97, Surah ali-Imran[26];

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (97) – ال عمران

Hal ini kerana, surah Ali-Imran diturunkan selepas dari perang uhud, sedangkan perang uhud tercetus pada tahun ke-4 hijrah.

b.      Menurut Jumhur al-Ulama bahawa ibadat Haji disyariatkan secara rasmi dalam syariah Nabi Muhammad pada tahun 9 HIJRAH, iaitu setahun selepas sejarah Fath Mekah yang ketika itu, berhala-berhala sudah tidak ada lagi di keliling kaabah[27].

 

RUKUN HAJI

[40] Rukun haji;

1.      Ihram: niat semasa memakai ihram di Miqat, iaitu tempat memulaikan ibadat yang telah ditetapkan.

2.      Wuquf di arafah.

3.      Tawaf di Kaabah.

4.      Sa’ie, iaitu berlari-lari anak antara bukit safa dan marwah sebagai 7 kali.

5.      Tahallul, iaitu mencukur rambut atau mengguntingkan rambut setelah selesai[28].

 

Wukuf di arafah adalah kemuncak rukun dengan tawaf dan saie, iaitu berhenti sekejap di Musdalifah (Masya’ir al-Haram) dan bermalam di Mina untuk lontar jamrah[29].

 

PERBAHASAN BERKENAAN UMRAH

[41] Umrah pula, sama dengan haji. Cuma, tidak ada wukuf di arafah dan lontar jamrah di Mina serta tidak ada kaitan dengan bulan-bulan tertentu[30].

 

Ulama sepakat bahawa umrah bukan rukun islam. Tetapi, ulama berbeza pendapat; apakah ia sekadar sunat, atau wajib[31].

 

a.      Antara ulama yang mengatakan umrah adalah wajib adalah ALI, IBN UMAR, IBN ABBAS, AL-HASAN, IBN SIRIN, ‘ATA’, TOUS, SAID BIN JUBAIR, MUJAHID, AHMAD, AL-SYAFIE[32] dan IBN AL-JAHM (malikiyyah)[33].

b.      Dan ulama yang mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat adalah IBN MAS’UD, JABIR, AL-SYA’BI, IBRAHIM, ABU HANIFAH, MALIK[34].

c.       IMAM MALIK pula kata, aku tidak tahu seorang pun ulama rukhsahkan untuk tinggalkan umrah. Ini adalah pendapat JABIR BIN ABDILLAH, IBN MAS’UD dan AL-NAKHAIE[35].

d.      Ada pula kata, hukumnya adalah sunat. Namun, apabila sudah mulakan, maka wajib disempurnakan. Hukumnya sama seperti hukum solat sunat[36].

 

Namun, dalam kupasan USAIMIN, sempurnakan ibadat umrah walaupun ia tidak wajib adalah khusus untuk ibadat Umrah sahaja, tidak boleh disamakan dengan ibadat sunat yang lain.

 

Hal ini kerana, terdapat hadis;

 

a.      Nabi saw membatalkan puasa sunat. Dalam hadis—daripada Aisyah berkata;

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: «هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟» فَقُلْنَا: لَا، قَالَ: «فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ» ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، أُهْدِيَ لَنَا حَيْسٌ فَقَالَ: «أَرِينِيهِ، فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا» فَأَكَلَ – مسلم 1154

Pada suatu hari, Nabi saw datang kepadaku. Baginda tanya: apakah ada sebarang makanan di sisi kamu? Kami pun jawab: tidak ada. Nabi pun berkata: kalau begitu, aku berpuasa. Kemudian baginda datang pada hari lain, kami pun berkata: Wahai Rasulullah saw, kami diberikan hadiah kueh Hais (kueh yang diperbuat dari kurma, keju dan minyak sapi). Nabi pun berkata: perlihatkan kepadaku. Tadi pagi, aku berpuasa. Lalu, Nabi saw pun makan (membatalkan puasa)”

 

b.      Batalkan solat sunat ketika iqamah sudah dilaungkan. Hadis—daripada Abdullah bin Malik bin Buhainah:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَالِكٍ ابْنِ بُحَيْنَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِرَجُلٍ يُصَلِّي، وَقَدْ أُقِيمَتْ صَلَاةُ الصُّبْحِ، فَكَلَّمَهُ بِشَيْءٍ لَا نَدْرِي مَا هُوَ، فَلَمَّا انْصَرَفْنَا أَحَطْنَا نَقُولُ: مَاذَا قَالَ لَكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: قَالَ لِي: «يُوشِكُ أَنْ يُصَلِّيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ أَرْبَعًا» - مسلم 711

Nabi saw melintasi seseorang lelaki yang sedang solat yang ketika itu, iqamat subuh sudah dilaungkan. Nabi saw bercakap sesuatu dengannya yang kami tidak tahu apa dia. Apabila selesai solat Nabi saw berpaling kepada kami. Kami pun tanya kepada lelaki itu: Apa yang nabi saw bercakap kepada kamu? Dia jawab: Nabi memberitahu kepadaku: dibimbangi seseorang kamu solat subuh sebanyak 4 rakaat

 

Dalam riwayat lain—daripada Ibn Abbas berkata:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: أُقِيمَتْ صَلَاةُ الصُّبْحِ، فَقُمْتُ لِأُصَلِّيَ الرَّكْعَتَيْنِ، فَأَخَذَ بِيَدِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: «أَتُصَلِّي الصُّبْحَ أَرْبَعًا!» - صحيح ابن حبان 2469

Solat subuh sudah diiqamatkan, aku pun bangun untuk menunaikan solat dua rakaat. Nabi saw pun pegang tangan aku dan berkata: Apakah kamu mahu solat subuh empat rakaat?

 

[42] Bagi mereka yang anggap TIDAK WAJIB, hujah mereka adalah seperti berikut[37];

 

a.      Daripada Tolhah bin Ubaidillah berkata:

عَنْ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ، يَقُولُ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ، يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلاَ يُفْقَهُ مَا يَقُولُ، حَتَّى دَنَا، فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي اليَوْمِ وَاللَّيْلَةِ» . فَقَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ: «لاَ، إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ» . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَصِيَامُ رَمَضَانَ» . قَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ؟ قَالَ: «لاَ، إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ» . قَالَ: وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ، قَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ: «لاَ، إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ» . قَالَ: فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ: وَاللَّهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلاَ أَنْقُصُ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ» - البخاري 46

Seseorang lelaki dari penduduk Najd datang kepada Rasulullah dalam keadaan rambutnya tidak terurus. Didengari bunyi suaranya tetapi tidak jelas apa yang dia perkatakan sehingga dia hampir. Rupa-rupanya dia tanya berkenaan islam.  Rasulullah pun berkata: solat lima waktu pada sehari semalam. Dia tanya lagi: apakah untukku ada yang lain? jawab Nabi: tidak ada kecuali sunat. Dan nabi cakap lagi: puasa ramadan. Dia tanya lagi: apakah ada yang lain lagi untuku? Jawab Nabi: tidak ada kecuali sunat sahaja. Nabi saw pun sebut kepadanya berkenaanz akat. Dia tanya: apakah ada lagi selain itu? jawab nabi: tidak ada kecuali sunat sahaja. lelaki itu pun berpaling pergi sambil dia berkata: demi Allah, aku tidak lebih dan tidak kurang dari ini. Rasulullah saw pun kata: Dia berjaya jika dia benar (apa yang dia perkatakan)”

 

b.      Daripada Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ " – البخاري 8

Islam dibina pada lima; syahadah bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, tunaikan zakat, haji dan puasa ramadan”

 

c.       Daripada Jabir bin Abdillah;

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنِي عَنْ الْعُمْرَةِ: وَاجِبَةٌ هِيَ؟ قَالَ: «لَا، وَأَنْ تَعْتَمِرَ خَيْرٌ لَكَ» - ابن ابي شيبة 13646

Ada seseorang lelaki datang kepada Nabi dan bertanya: Wahai Rasulullah saw, tolong bagitahu kepadaku berkenaan umrah; apakah ia wajib atau tidak? Jawab Nabi: tidak. Namun, jika kamu lakukan umrah, maka itu baik bagi kamu”

 

d.      Daripada Tolhah bin Ubaidullah bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda;

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْحَجُّ جِهَادٌ، وَالْعُمْرَةُ تَطَوُّعٌ» - ابن ماجة 2989  (الباني : ضعيف)

Haji adalah jihad. Umrah pula adalah sunat

 

[43] bagi pendapat yang kata WAJIB, hujah mereka adalah seperti berikut[38];

 

a.      Hadis-hadis ahad yang menyatakan sunat itu bercanggah dengan ayat al-Quran ini.

 

b.      Kemungkinan hadis-hadis yang disandarkan untuk kata sunat adalah hadis-hadis yang disebut Nabi sebelum turun kewajipan umrah. Hal ini kerana, razi kata bahawa ayat ini diturunkan pada tahun 7 HIJRAH.

 

c.       Berkenaan hadis badwi yang tanya Nabi saw bahawa Nabi hanya sebut solat, puasa, zakat, dan haji; kemungkinan sebut haji itu termasuk juga umrah. Hal ini kerana, hakikat umrah adalah haji asghar, sedangkan haji sebenar adalah haji akbar.

 

d.       Hadis jabir bin Abdillah, hadis ini ada perawi bernama HAJJAJ BIN ARTOT bahawa dia doif.

 

e.      Al-Sobaiy bin ma’bad kata: aku datang berjumpa dengan Umar. aku katakan kepadanya: “aku dulu nasrani. Kini aku masuk islam. Aku dapati, wajib kepadaku tunaikan haji dan umrah”. Umar kata kepadanya: “kamu telah diberikan hidayah berdasarkan sunnah Nabi kamu”[39]

 

f.        IBN UMAR pernah berkata:

لَيْسَ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ أَحَدٌ إِلَّا عَلَيْهِ حَجَّةٌ وَعُمْرَةٌ وَاجِبَتَانِ مَنِ اسْتَطَاعَ ذَلِكَ سَبِيلًا، فَمَنْ زَادَ بَعْدَهَا شَيْئًا فَهُوَ خَيْرٌ وَتَطَوُّعٌ – القرطبي 2\368

Tidak ada satu pun makhluk Allah kecuali dia perlu tunaikan haji dan umrah yang kedua-duanya wajib bagi orang yang mampu untuk pergi. Barangsiapa yang lakukan lebih selepas itu, maka dia adalah satu kebaikan dan sunat

 

g.       IBN ABBAS ada berkata;

 

الْعُمْرَةُ وَاجِبَةٌ كَوُجُوبِ الْحَجِّ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا - القرطبي 2\368

Umrah adalah wajib sepertimana wajibnya haji. Ia wajib bagi orang yang mampu pergi

 

فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

 

“maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati”

 

[44] Dalam solat, ada sunat Ab’ad dan Sunat Hai-ah. Sunat Ab’ad adalah sunat yang jika tidak dibuat, maka sunat ditampal dengan Sujud Sahwi, sedangkan sunat Hai-ah pula adalah jika tidak buat, maka tidak perlu ditampal dengan sujud sahwi.

 

Justeru, al-Razi menyatakan bahawa bagi Haji pula, ia ada rukun Ab’ad dan rukun Hai-ah juga. Rukun Ab’ad adalah rukun yang jika tidak buat, maka perlu ditampal dengan Dam. Sedangkan rukun Hai-ah, tidak perlu ditambal dengan dam[40].

 

Rukun bagi Haji itu ada 5[41];

a.      Ihram

b.      Wukuf di Arafah

c.       Tawaf di Kaabah.

d.      Sai antara safa dan marwah.

e.      Cukur atau pendekkan rambut.

 

Rukun Ab’ad adalah[42];

a.      Ihram di Miqat

b.      Maqam di Arafah ke tenggelam matahari dalam satu pendapat.

c.       Mabit di Muzdalifah malam Nahr (hari 10 zulhijjah[43]) dalam satu pendapat.

d.      Lontar jumrah aqabah.

e.      Mabit di Mina pada tasyriq pada satu pendapat.

f.        Lintar jumrah pada siangnya.

 

Semua amalan haji yang selain yang dinyatakan adalah sunat sahaja[44].

 

[45] Bagi rukun Umrah pula ada 4[45];

a.      Ihram

b.      Tawaf.

c.       Sa’i

d.       Cukur.

 

[46] SEBAB TURUN: ayat ini diturunkan pada tahun ke-6 Hijrah, iaitu ketika Nabi dan para sahabat terlibat perjanjian Hudaibiyyah[46]. Ketika itu, bilangan mereka seramai 1400 orang. Bersama dengan mereka sebanyak 70 ekor binatang yang digunakan untuk bayar dam.  Mereka berkongsi binatang untuk bayar dam. Mereka berada di Hudaibiyyah, di luar tanah haram. Ada pula dakwaan kata, mereka berada di hujung tanah haram (dalam kawasan tanah haram lagi).

 

Dengan itu, mereka bertahallul dan bercukur kepala. Dalam kalangan sahabat, ada yang bercukur kepala dan ada sebilangan mereka sekadar memendekkan rambut sahaja.

 

Melihat keadaan itu, Nabi saw berdoa:

رَحِم اللَّهُ المُحَلِّقين

“Semoga Allah rahmati orang yang bercukur kepala”.

 

Mendengar doa Nabi itu, ada sebilangan sahabat bertanya kepada Nabi:

وَالْمُقَصِّرِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟

“bagaimana mereka yang sekadar memendekkan rambut, wahai Rasulullah SAW?”

 

Nabi saw pun berdoa sekali lagi;

وَالْمُقَصِّرِينَ

“juga terhadap orang yang memendekkan rambut mereka[47]

 

IHRAM SEBELUM MIQAT

[47] ulama khilaf berkenaan miqat sebelum miqat[48];

a.      AL-QURTUBI kata, dibolehkan pakai ihram sebelum miqat dengan dalil-dalil berikut;

·       SAIDINA ALI dan IMRAN BIN HUSOIN pakai ihram sebelum Miqat. Dipertegaskan ini oleh ABDULLAH BIN MAS’UD dan JAMAAH dari kalangan SALAF.

·       SAIDINA UMAR sudah mula bertalbiah dari ILIYA’.

·       ASWAD, ALQAMAH, ABDUL RAHMAN dan ABU ISHAQ pakai ihram dari rumah mereka.

·        IMAM SYAFIE memberi keringanan itu.

·       Dalam hadis—daripada UMMU SALAMAH bahawa NABI SAW bersabda;

(مَنْ أَحْرَمَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ بِحَجٍّ أَوْ عُمْرَةٍ كَانَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ) فِي رِوَايَةٍ (غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ) – القرطبي 2\366

Barangsiapa yang pakai ihram di Bait al-Maqdis untuk haji atau umrah, dia bersih dari dosa sepertimana dia baru dilahirkan oleh ibunya sendiri – dalam riwayat lain: diampunkan baginya dosa yang lepas dan akan datang

·       Abu Daud pernah berdoa:

يَرْحَمُ اللَّهُ وَكِيعًا أَحْرَمَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ يَعْنِي إِلَى مَكَّةَ – ابو داود 1741

Semoga Allah rahmati Imam Waki’e yang pakai ihram di Bait al-Maqdis – iaitu menuju ke Mekah.

b.      Maliki berpendapat, makruh ihram sebelum miqat. Hujahnya seperti berikut[49];

·       Umar ingkari perbuatan Imran bin Husoin yang ihram dari Basrah.

·       Osman ingkari Ibn Umar ihram sebelum miqat.

 

MIQAT

[48] PARA IMAM menyatakan bahawa Rasulullah tetapkan miqat[50];

a.      Penduduk Madinah adalah ZU AL-HULAIFAH.

b.      Penduduk Syam adalah AL-JUHFAH.

c.       Penduduk Najd adalah QARN

d.      Penduduk Yaman adalah YALAMLAM.

 

Ulama KHILAF berkenaan;

a.      Penduduk IRAQ;

a.       Dalam hadis, nabi saw tetapkan Miqat bagi penduduk Masyriq adalah AL-AQIQ. (Tarmizi kata, hadis hasan)

b.      Saidina Umar tetapkan untuk penduduk Iraq adalah Zat Irq (satu kampung dua marhalal dari Mekah). dalam sunan Abi Daud, Aisyah kata perkara yang sama. Hadis sahih.

 

BERKENAAN DENGAN DAM

[49] Ayat ini adalah dalil bahawa orang yang terhalang dari menunaikan ibadat haji, walhal TELAH PAKAI IHRAM, maka hendaklah dia membayar DAM yang diterjemah dengan DARAH. Dalam istilah al-Quran, disebutkan dengan AL-HADY. Dam itu dikirimkan ke Mekah untuk makanan fakir miskin di sana[51].

 

[50] Dalam ayat disebutkan bayaran DAM itu perlu فَمَا اسْتَيْسَرَ – yang diterjemah oleh BASMEH dan SHIHAB dengan “mudah didapati”, Hamka pula terjemah dengan “sedapatnya”.

 

Dalam kupasan USAMIN, asal katanya adalah يسر tetapi ditambah است sehingga jadi استيسر memberi maksud المبالغة في تيسر من الهدي – bersangatan mudah dari binatang untuk dibayar dam[52].

 

DARI SUDUT HADIS: Berkenaan kadar bayar dam itu, Aisyah ada berkata:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: «أَهْدَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً غَنَمًا» - البخاري 1701

Nabi saw bayar dam sekali dengan seekor kambing

 

 

BERDASARKAN PANDANGAN ULAMA: Ulama berbeza pendapat kadar paling ringkas untuk bayar dam tersebut;

a.      Seekor kambing. Ini pendapat ALI BIN ABI TALIB, IBN ABBAS, AL-HASAN, ‘ATA’, SAID BIN JUBAIR, IBRAHIM, QATADAH, AL-DAHHAQ dll[53].

b.      Unta, lembu dan sebagainya. Ini pendapat IBN UMAR, AISYAH dan AL-QASIM[54].

c.       Sebarang kadar kemampuan pembayar dam. Ini adalah dari riwayat TOUS, dia ambil dari IBN ABBAS[55].

d.      Dari tiga jenis binatang, iaitu unta, lembu dan kambing. Ini pendapat ABU HANIFAH, MALIK dan AL-SYAFIE[56].

e.      Menurut HAMKA, maksud dengan sedapatnya itu adalah sekurang-kurangnya adalah seekor kambing. Namun, jika dapat lebih seperti seekor lembu, kerbau atau unta, maka itu lebih baik[57].  Ini juga pendapat yang diriwayatkan dari AL-HASAN dan QATADAH[58].

 

[51] asal perkataan أُحْصِرْتُمْ adalah حصر yang diterjemah dengan dihalang. Ia seperti kita mahu qadha’ hajat, maka kita letak kain untuk halang orang dari dapat melihat ketika kita qadha’ hajat itu[59].

 

Dari sudut bahasa, ada beberapa pendapat;

a.      Ia bermakna terhalang untuk melakukan sesuatu perkara kerana sakit. Ini pendapat ABU UBAIDAH, IBN AL-SIKKIT, AL-ZAJJAJ, IBN QUTAIBAH dan kebanyakkan ahli Lughah[60].

b.       Ia bermakna terhalang dalam apa jua bentuk sekalipun. Sama ada sakit atau musuh atau sebagainya. Ini pendapat AL-FARA’[61].

 

[52] Dari sudut konteks ayat, ia merujuk kepada dihalang dari masuk ke mekah untuk tunaikan ibadat Haji. Menurut AL-RAZI, dihalang di sini, sama ada dihalang di tanah haram ataupun di tanah halal[62].

 

Dengan itu, maksud terhalang أُحْصِرْتُمْ dalam ayat ini, Shihab memberi penjelasan seperti berikut;

a.      Imam Syafie membataskan maksud sebagai hanya dihalang oleh pihak musuh[63]. Ini juga pendapat IBN UMAR, IBN ABBAS, ANAS, MALIK, AL-LAIS dan AHMAD[64].  Pendapat syafie ini dibantah ramai ahli lughah. Namun diterima oleh sebilangan ulama kerana melihat kepada konteks ayat[65].

b.      Para imam lain pula kata, ia tidak dibataskan kepada halangan musuh, tetapi faktor lain juga termasuk, seperti faktor sakit, kekurangan biaya atau sebagainya[66]. Ini juga pendapat ‘ATA’, MUJAHID, QATADAH dan ABU HANIFAH[67]. Pendapat ABU HANIFAH ini selaras dari sudut pandang AL-FARA’ dari kalangan ulama lughah[68].

c.       Dalam penjelasan IBN QUTAIBAH, dihalang itu boleh sahaja berlaku disebabkan sakit atau sekatan dari musuh ketika dalam musafir ke mekah[69]

 

Penjelasan (c)  ini sama dengan penjelasan HAMKA. Menurut beliau, terhalang masuk mekah ini bersifat umum, sama ada kerana ada halangan sepertimana yang berlaku pada diri Nabi dalam sejarah perjanjian Hudaibiyyah; ataupun berlaku ketidak-amanan di mekah; ataupun terhalang kerana berlaku perang; ataupun terhalang kerana dia ditimpa penyakit di tengah jalan sehingga dia tidak dapat melanjutan perjalanannya; ataupun terhalang kerana terdapat penyakit berjangkit di mekah yang dinasihati pakar kesihatan bahawa ia sebenar-benarnya berbahaya dan sebagainya[70].

 

Dalam kupasan RAZI, apabila disebut HALANGAN, sudah pasti ada PENGHALANG (ISIM FAIL). Kalau dikatakan PENGHALANG itu adalah SAKIT, itu tidak munasabah kerana SAKIT adalah sesuatu yang hadir dalam diri manusia tanpa ikhtiyar. Justeru, jika dikatakan MUSUH, itu munasabah. Tambahan pula, konteks ayat ada kaitan MUSUH[71]. Ini lebih dekat dengan pendapat SYAFIE.

 

Dalam kupasan USAIMIN, perkataan احصرتم tidak digunakan بناء المعروف tetapi digunakan بناء المجهول. Apabila diguna بناء المجهول ia mengandungi maksud yang UMUM. iaitu, sebarang untuk yang terhalang dari menunaikan ibadat Haji atau umrah, sama ada sakit atau musuh atau apa juga sekalipun, ia termasuk dalam maksud ayat[72].  

 

Dalam menjelaskan pandangan ini, IBN KATHIR bawakan hadis sebagai hujah mereka adalah hadis—daripada al-hajjaj bin Amru al-Ansari berkata, Rasulullah saw bersabda:

عَنْ الْحَجَّاجَ بْنَ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيَّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ كُسِرَ أَوْ عَرِجَ فَقَدْ حَلَّ وَعَلَيْهِ الْحَجُّ مِنْ قَابِلٍ» . قَالَ عِكْرِمَةُ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، وَأَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَا: صَدَقَ. – ابو داود 1862

Barangsiapa yang tulangnya pecah atau tembang, maka dia telah tahallul. Tanggungjawab baginya tunaikan haji untuk tahun hadapan. Ikrimah berkata: aku tanya Ibn Abbas dan Abu Hurairah berkenaan hal itu. Kedua-dua mereka jawab: dia (al-Hajjaj) telah benar”

 

Dalam kupasan IBN AL-JAWZI, dalil lain adalah melihat pada perkataan فَإِذا أَمِنْتُمْ (apabila kamu sudah aman) yang ada dalam ayat ini. Hal ini kerana, lawan bagi aman adalah tidak aman disebabkan serangan MUSUH[73].

 

RAZI bawakan pendapat yang menyatakan lafaz AMAN apabila tidak muqayyad, maka ia tidak difahami kecuali aman dari musuh sahaja. makanya, tidak ada aman dari sakit dan sebagainya. Justeru, RAZI menjelaskan bahawa jika begitu pun, MAKNA KHUSUS tidak menjadikan tercela untuk pemaknaan awal yang umum. Namun begitu, ia sudah menjadi NAS ditakhsiskan dengan QIYAS[74].

 

Dakwaan bahawa dibataskan perkataan AMAN hanya untuk serangan MUSUH sahaja, dengan tidak dimasukkan faktor sakit juga dibantah oleh AL-QURTUBI dengan hujah bahawa terdapat hadis bahawa Nabi saw ungkap perkataan AMAN yang merujuk kepada KESIHATAN, iaitu hadis--daripada Aisyah bahawa Rasulullah saw bersabda;

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَبَاتُ الشَّعْرِ فِي الْأَنْفِ أَمَانٌ مِنَ الْجُذَامِ» - الطبراني المعجم الأوسط 672

Tumbuh bulu dalam hidung adalah aman dari sakit kusta[75]

 

Walaubagaimana pun, Usaimin kata;

a.      Jika dihalang kerana faktor musuh, maka itu sudah diketahui melalui nas dan ijmak. Hal ini kerana, Nabi saw sendiri pernah dihalang dari masuk ke Mekah pada tahun 6 hijrah dari menunaikan ibadat haji sehingga terjadi sejarah perjanjian Hudaibiyyah.

b.      Jika terhalang kerana faktor selain musuh, seperti sakit, kena rompak, dan sebagainya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini;

a.      Pertama, tidak boleh tahallul dan dia perlu kekal sebagai memakai ihram. Dia perlu bertahan sehingga sembuh dari sakit atau dia perlu tunggu sampai wang kepadanya untuk dia sempurnakan ibadat tersebut. Dalam kupasan shihab, ini sama dengan pendapat Imam Syafie.

b.      Kedua, Boleh tahallul[76]. Dalam kupasan Shihab, ini sama dengan pendapat jumhur ulama.

 

Bagi kalangan (a), iaitu yang mengatakan tidak dibenarkan tahallul, bahkan hendaklah dia kekal dengan ihram dan hendaklah dia sempurnakan haji mereka, mereka berhujah dengan ayat ini yang diturunkan dalam kes Hudaibiyyah, iaitu Nabi saw dihalang oleh musuh. Disamping melihat kepada hadis—daripada Aisyah berkata:

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ضُبَاعَةَ بِنْتِ الزُّبَيْرِ، فَقَالَ لَهَا: «لَعَلَّكِ أَرَدْتِ الحَجَّ؟» قَالَتْ: وَاللَّهِ لاَ أَجِدُنِي إِلَّا وَجِعَةً، فَقَالَ لَهَا: " حُجِّي وَاشْتَرِطِي – البخاري 5089

Rasulullah saw berjumpa dengan Dhuba’ah binti al-Zubair. Baginda berkata kepadanya: Sepertinya kamu mahu tunaikan ibadat haji? Dia berkata: Demi Allah, aku tidak yang menghalangiku kecuali sakit yang menimpaku. Nabi pun berkata kepadanya: Tunaikan haji kamu dan buatlah syarat” [77]

 

Bagi pendapat (b) yang mengatakan bahawa ia tidak dibataskan kepada halangan musuh, bahkan faktor lain pun boleh, seperti sakit dan sebagainya, mereka berhujah dengan penggunakan kata أحصرتم yang memberi maksud umum. Justeru, mereka fahami ILLAT disebalik perkataan umum tersebut adalah TIDAK ADA KEMAMPUAN UNTUK SEMPURNAKAN IBADAT HAJI/UMRAH[78].

 

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

 

dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.

 

[53] Menurut Shihab, Tahallul iaitu gunting beberapa helai rambut bagi lelaki atau perempuan; atau cukur rambut bagi lelaki adalah cara paling akhir atau tanda selesainya ibadat haji atau umrah[79].

 

TEMPAT BAYAR DAM

[54] Dalam menjelaskan berkenaan sembelih Dam, ayat dinyatakan: حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ – yang dimaksudkan dengan مَحِلَّهُ, ulama berbeza pendapat seperti berikut;

a.      Mazhab Hanafi kata, tidak boleh ditempat lain kecuali hanya di mekah sahaja. hal ini melihat kepada konteks ayat yang menyebut tempatnya yang bermaksud mekah[80]. ini adalah pendapat IBN MAS’UD, AL-HASAN, ‘ATA’, TOUS, MUJAHID, IBN SIRIN, AL-SAURI dan ABU HANIFAH[81].  

b.      Mazhab jumhur kata, tidak semestinya disembelih dam itu di mekah. bahkan, boleh sahaja disembelih dam itu di tempat yang terhalang. Hal ini kerana melihat kepada sejarah nabi saw dalam Sulh al-Hudaibiyyah bahawa Nabi saw menyembelih dam, bercukur dan membuka ihram di tempat Nabi di halang, iaitu di hudaibiyyah[82].  Ini juga pendapat MALIK, SYAFIE[83] dan AHMAD[84].

 

HUJAH SYAFIE

a.      Hujah syafie adalah, Nabi saw dihalang masuk ke Mekah ketika itu baginda di Hudaibiyyah. Baginda sembelih dam di hudaibiyyah, walhal hudaibiyyah bukan tanah haram[85].

b.      Rashid Redha berhujah bahawa pada masa itu, kaabah dikuasai oleh Quraish. Tidak masuk akal untuk sembelih korban untuk diutuskan di situ[86].

 

HUJAH HANAFI

a.      Perkataan الهدي dari kata HADIAH. Ia digunakan untuk tanah haram, kerana ia adalah HADIAH KEPADA ALLAH. Justeru, ia tidak boleh berlaku kecuali di mekah sahaja[87].

b.       Ulama hanafi jawab hujah Syafie bahawa tempat Nabi saw dihalang itu adalah hujung hudaibiyyah yang merupakan pinggir Mekah yang masih lagi dalam tanah haram[88].

 

Dakwaan bahawa hudibiyyah itu dipinggir Mekah dibantah oleh AL-QAFFAL adalah dengan melihat kepada ayat;

هُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرامِ وَالْهَدْيَ مَعْكُوفاً أَنْ يَبْلُغَ مَحِلَّهُ [الْفَتْحِ: 25]

Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya

 

Dalam ayat ini disebutkan bahawa quraish halang nabi saw itu dari masjidil haram dan tempat sembelih dam. Di sini adalah bukti bahawa tempat tersebut bukan tanah haram[89]. Dan ini juga kupasan IBN KATHIR[90].

 

WAKTU CUKUR

[55] Apakah perlu sembelih dam dahulu, baru boleh cukur? Terdapat khilaf ulama dalam hal ini seperti berikut;

a.       Menurut Hamka, bagi orang terhalang dari masuk ke Mekah bahawa dia mahu bertahallul bahawa dia tidak bertahallul kecuali selepas dia dapat berita bahawa binatang damnya sudah disembelih. Ia bertujuan untuk memberi isyarat bahawa dia tidak dapat tunaikan ibadat haji atau umrah kerana terdapat halangan[91]. Ini adalah pendapat kebanyakkan ahli Ilmu. Mereka berdalilkan dari ayat ini serta hadis—daripada Hafsah bahawa dia berkata:

عَنْ حَفْصَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا شَأْنُ النَّاسِ حَلُّوا بِعُمْرَةٍ، وَلَمْ تَحْلِلْ أَنْتَ مِنْ عُمْرَتِكَ؟ قَالَ: «إِنِّي لَبَّدْتُ رَأْسِي، وَقَلَّدْتُ هَدْيِي، فَلاَ أَحِلُّ حَتَّى أَنْحَرَ» - البخاري 1566

"Wahai Rasulullah, bagaimana orang ramai telah bertahallul untuk umrah mereka sedang kamu masih tidak bertahallul dari umrah kamu". Baginda menjawab: "Sungguh aku sudah mengikat rambutku dan telah menandai haiwan kurbanku dan aku tidak akan bertahallul kecuali setelah menyembelih haiwan kurban (pada hari nahar)[92]

 

b.      Menurut USAIMIN, tidak disyaratkan sembelih dahulu baru cukur kepala, bahkan jika cukur kepala dahulu baru sembelih pun tidak salah. Hal ini merujuk kepada hadis riwayat al-Bukhari—daripada Abdullah bin Amru bin al-As;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ فِي حَجَّةِ الوَدَاعِ بِمِنًى لِلنَّاسِ يَسْأَلُونَهُ، فَجَاءهُ رَجُلٌ فَقَالَ: لَمْ أَشْعُرْ فَحَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ؟ فَقَالَ: «اذْبَحْ وَلاَ حَرَجَ» فَجَاءَ آخَرُ فَقَالَ: لَمْ أَشْعُرْ فَنَحَرْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ؟ قَالَ: «ارْمِ وَلاَ حَرَجَ» فَمَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قُدِّمَ وَلاَ أُخِّرَ إِلَّا قَالَ: «افْعَلْ وَلاَ حَرَجَ» - البخاري 83

Rasulullah saw berdiri di Mina pada haji wada' memberi kesempatan kepada manusia untuk bertanya kepada baginda. Lalu datang seseorang dan berkata: "Aku tidak sedar, ternyata saat aku mencukur rambut aku belum menyembelih" Maka Nabi bersabda:  "Sembelihlah, tidak apa-apa" Kemudian datang orang lain dan berkata: "Aku tidak sedar, ternyata ketika berkorban aku belum melontar (jumrah)". Nabi bersabda: "Lemparlah dan tidak apa-apa". Dan tidak pula Nabi ditanya tentang sesuatu perkara sebelum dan sesudahnya kecuali baginda menjawab, "Lakukanlah dan tidak apa-apa"[93].

 

Justeru, maksud dengan “hingga sampai binatang korban pada  مَحِلَّهُdalam ayat bukan merujuk kepada TEMPAT, iaitu mekah, tetapi merujuk kepada MASA dengan alasan bahawa ia adalah اسم زمان, iaitu waktu sembelih binatang itu pada hari Aid al-Adha[94].

 

[56] Menurut RAZI, semasa dia hendak sembelih dam, dia perlu berniat tahallul[95].

 

[57] Dalam ayat ini, menyebut berkenaan terhalang dari ibadat Haji. Bagaimana pula, jika terhalang dari UMRAH?

a.      Kebanyakkan fuqaha’ kata, hukumnya sama dengan hukum Haji.

b.      IBN SIRIN kata, hukumnya berbeza. Ia khusus dalam hal melibat haji sahaja. hal ini kerana, umrah bukan seperti haji, kerana haji dapat dilakukan pada bulan tertentu, sedangkan umrah tidak dibataskan pada bulan tertentu.

 

Pendapat IBN SIRIN (b) ini dibantah oleh RAZI dengan anggap bahawa ia batil. Hal ini kerana, pada perkataan فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ disebut selepas disebutkan ayat وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ yang dapat ayat disebutkan juga perkataan UMRAH[96].

 

[58] Bagi orang yang tidak dapat masuk tanah haram, maka dia tidak cukur kepala kecuali selepas sembelih dam. Namun, jika tidak ada halangan masuk ke tanah haram, maka dia tidak harus cukur kepala[97].

 

[59] Apakah wajib diqadha ibadat Umrah selepas terhalang dari sempurnakannya?

a.      Jumhur Ulama kata, tidak dapat sempurnakan ibadat Umrah kerana terhalang tidak wajib di qadha’. hal ini kerana, ayat ini menyatakan bahawa ia boleh digantikan dengan membayar dam

b.      Hanafiyyah kata, wajib juga qadha umrah terbabit. Hal in kerana, melihat kepada pengamalan Nabi saw sendiri yang terhalang dari lakukan Umrah pada tahun ke-6 hijrah, yang kemudian Nabi saw qadha’ akan umrah terbabit pada tahun ke-7 hijrah sehingga nama umrah terbabut adalah UMRAH AL-QADHA’[98]

 

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ

 

Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam.

 

[60] Sebelum sampai masa untuk buka ihram, tidak boleh orang yang pakai ihram itu cukur kepala. Namun, jika dia terpaksa cukur kepala kerana sakit atau ada sesuatu kesakitan berlaku pada kepalanya, maka dia dituntut bayar fidyah; iaitu lakukan salah satu dari tiga perkara;

a.      Berpuasa

b.      Bersedekah

c.       Nusuk.

 

Menurut USAIMIN, tiga perkara ini sebagai pilihan, bukan dituntut dilakukan secara berturutan[99].

 

[61] SEBAB TURUN AYAT: Ayat diturunkan berkaitan dengan KAAB BIN UJRAH yang kepalanya penuh dengan kutu sehingga mudharatnya sehingga merebak ke mukanya. Yang dengan itu, Nabi suruh cukur kepala. KAAB BIN UJRAH sendiri menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengannya[100]

 

Dalam riwayat IBN KATHIR, ABDULLAH BIN MA’QIL ziarah KAAB BIN UJRAH di masjid Kufa. Dia bertanya sahabat Nabi itu berkenaan fidyah puasa. Sahabat Nabi itu pun bercerita: “aku ditimpa penyakit kutu sehingga menguasai mukaku. Nabi saw pun cakap kepadaku: aku nampak, kutu itu sudah menguasai kamu. Apakah kamu dapati seekor kambing? Aku jawab: “tidak”. Maka Nabi pun kata: “berpuasalah selama 3 hari, atau beri makan kepada 6 orang miskin, pada setiap miskin itu setengah cupak makanan, dan cukurlah rambut kamu”[101].

 

[62] Dalam ayat ini dinyatakan bahawa bagi orang yang ada masalah pada kepalanya sehingga dia terpaksa cukur atau gunting rambutnya, Menurut HAMKA dan USAIMIN, ia perlu hadapi tiga perkara berikut[102];

(1)   Dalam hadis dinyatakan bahawa puasa yang merupakan fidyah itu adalah;

a.      selama tiga hari. Ini berdasarkan hadis KAAB BIN UJRAH. Ini pendapat jumhur Ulama

b.      Selama 10 hari. Ini adalah riwayat dari AL-HASAN, IKRIMAH dan NAFI’[103].

(2)   Bersedekah dengan memberi makanan sebanyak;

a.      satu gantang madinah yang perlu diberi makan kepada 6 orang miskin. Ini disebut oleh HAMKA.

b.      Ada kata, bagi makan kepada 10 orang miskin[104]. Ini adalah pendapat Ikrimah dan al-Hasan[105].

c.       Ibn kathir kata, ia adalah pilihan, sama ada dengan 6 orang atau dengan 10 orang miskin[106].

(3)   Nusuk, iaitu Membayar dam dengan seekor kambing.

 

Menurut USAIMIN, semua hal ini disandarkan kepada Hadis[107].

 

MAKNA NUSUK SEBAGAI FIDYAH

[63] Perkataan نسك, jika disebut نسكت لله, ia bermaksud ذبحت له – aku sembelih (binatang) untuk Allah[108]. Seseorang yang ناسك bermaksud, dia telah membersihkan dirinya dari kotoran dosa. Justeru, disebut dengan ذبيحة sebagai ناسك kerana ia adalah ibadat yang paling mulia untuk menghampirkan diri kepada Allah[109].

 

Untuk nusuk, boleh dilakukan pada binatang tertentu; iaitu Unta, lembu dan kambing. Ulama sepakat bahawa sekurang-kurang nusuk dalam makna sembelih adalah seekor kambing[110].

 

Dalil bahawa kadarnya seekor kambing adalah hadis;

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ، فَقَالَ لَهُ: «آذَاكَ هَوَامُّ رَأْسِكَ؟» قَالَ: نَعَمْ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «احْلِقْ رَأْسَكَ، ثُمَّ اذْبَحْ شَاةً نُسُكًا، أَوْ صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ، أَوْ أَطْعِمْ ثَلَاثَةَ آصُعٍ مِنْ تَمْرٍ، عَلَى سِتَّةِ مَسَاكِينَ» - مسلم 1201

Daripada Kaab bin ‘Ujrah bahawa Rasulullah saw melintasnya ketika sejarah Hudaibiyyah. Nabi saw tanya dia: apakan kutu sudah menguasai kepala kamu? Dia jawab: Ya. Nabi saw pun berkata kepadanya: cukur kepala kamu, kemudian sembelih seekor kambing sebagai nusuk, atau puasa tiga hari, atau bagi makan tiga orang miskin dengan buah kurma.

 

[64] Menurut Hamka, ayat ini menjadi dalil bahawa ada kesalahan yang dapat dibayar dengan denda yang  ibadat haji tersebut tetap sah. Dalam pada sah pun, yang tidak boleh diganti dengan denda adalah rukun, terutama wukuf di arafah[111].

 

KALAU POTONG RAMBUT, BUKAN CUKUR

[65] Dalam ayat menyatakan, bagi orang yang terpaksa cukur kepala, maka dia dikenakan fidyah. Justeru, bagaimana pula jika potong satu atau dua helai rambut?

a.      Ada ulama kata, potong sehelai dia perlu bayar fidyah dengan memberi makan kepada seorang miskin. Jika dia potong dua helai rambut, maka dia perlu bagi makan kepada dua orang miskin. Jika dia potong tiga helai rambut, maka dia perlu bayar dam; iaitu memberi makan 6 orang miskin, atau puasa tiga hari.

b.      Ada pula ulama kata, hukum itu berkaitan dengan ¼ kepala. Kalau dia potong rambut kurang dari kadar ¼ kepala, maka dia tidak dikenakan sebarang dam. Menurut Usaimin, ini pendapat yang tidak ada sandaran dalil. Justeru, ia adalah pendapat yang lemah.

c.       Usaimin menjelaskan bahawa dalam hadis bahawa Nabi saw pernah berbekam dalam keadaan baginda pakai ihram. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ، وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ» - البخاري 1938

“Nabi saw berbekam dalam keadaan baginda sedang pakai ihram, dan baginda berbekam ketika Nabi saw sedang berpuasa”

 

Untuk berbekam, sudah pasti perlu cukur sedikit kepala untuk dibolehkan berbekam. Tidak terdapat pula satu riwayat yang menjelaskan bahawa selepas Nabi berbekam bahawa Nabi saw bayar dam. Makanya di sini disimpulkan bahawa sekadar potong helaian rambut tanpa cukur, tidak dikenakan fidyah[112].

 

POTONG BULU-BULU SELAIN RAMBUT

[66] Menurut USAIMIN, ayat menyebut cukur kepala. Justeru, bagaimana kalau dia potong bulu-bulu selain rambut;

a.      Ahli Zahir kata, jika cukur bulu-bulu selain kepala, seperti bulu ketiak, atau misai dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam maksud ayat.[113].

b.      Kebanyakkan ahli Ilmu pula kata, ia termasuk semua bulu-bulu yang ada pada badan. Mereka berhujah bahawa bulu-bulu tersebut diqiaskan dengan rambut. Pendapat ini dibantah oleh USAIMIN dengan hujah berikut;

·       Ia menyalahi zahir nas atau sareh nas.

·       Ada perbezaan besar antara rambut dan segala bulu-bulu di badan. Hal ini kerana, konteks ayat menyebut berkenaan tahallul, sedangkan cukur kepala ada kaitan dengan tahallul. Cukur bulu-bulu selain rambut tidak ada kaitan dengan tahallul[114].

 

POTONG KUKU

[67] potong kuku bagi orang yang pakai ihram;

a.      Jumhur ahli ilmu anggap, tidak dibenarkan. mereka kiaskan larangan potong kuku dengan ayat yang melarang dari cukur kepala.

b.      Menurut USAIMIN juga, potong kuku tidak termasuk dalam perkara yang dilarang potong kerana ayat menyebut rambut. Justeru, tidak boleh dikiaskan[115].

 

Walaubagaimana pun, Usaimin mencadangkan agar elak dari potong kuku kerana meraikan pendapat Jumhur ahli ilmu[116].

 

فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

 

Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati.

 

[68] Maksud dengan أَمِنْتُمْ adalah tidak ada lagi sebarang halangan ataupun sakitnya sudah sembuh, maka ketika itu wajib dia pergi menunaikan haji[117]. Ini dalam tafsiran jumhur. Kalau ikut pandangan Syafie, ia khusus untuk aman dari serangan musuh.

 

[69] Maksud dengan فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ – Shihab terjemahkan dengan “Orang yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji”[118].

 

Menurut RAZI, dinamakan TAMATTU’, kerana dia himpunkan dua kali ihram dengan dia pisahkan antara umrah dan haji[119].

 

Menurut ASYUR, fokus utama dalam ayat ini adalah untuk membatalkan kepercayaan Jahiliyyah yang memandang buruk bagi orang yang buat umrah pada bulan haji. Justeru, ia tidak dibataskan pada haji tamattu’ sahaja, tetapi termasuk juga Qiran. Penggunakaan tamattu’ itu sekadar dari sudut lafaz sahaja[120].

 

[70] Menurut USAIMIN, maksud dengan إِلَى الْحَجِّ – adalah di permulaan bagi untuk tunaikan ibadat haji, iaitu bermula dari hari ke-8 pada bulan Zulhijjah[121].

 

[71] Haji Tamattu’ adalah menunaikan umrah terlebih dahulu. Semasa umrah dilakukan, dia berada pada bulan haram dan bertahallul. Makanya, dia kekal halal sehingga datang waktu haji, makanya dia pakai ihram balik untuk ibadat haji pula.

 

Dalam amalan jahiliyyah, haji tamattu’ adalah seburuk-buruk haji. Namun, Islam menganggap bahawa ia tidak buruk, maka ekoran itu ia disebut dalam ayat ini[122].

 

JENIS-JENIS HAJI

[72] Bagi Ibadat haji itu;

a.      Haji tamattu’.

b.      Haji Qiran

c.       Haji Ifrad.

 

[73] Ulama khilaf berkenaan kelebihannya;

a.      SYAFIE yang paling afdhal adalah IFRAD, kemudian TAMATTU’, kemudian QIRAN[123].

b.       MALIKI, haji ifrad dan tamattu’ lebih afdhal berbanding haji Qiran[124].

c.       ABU HANIFAH kata, qiran lebih afdhal. Kemudian IFRAD, kemudian Tamattu’. Ini juga pendapat AL-MUZANI, ABI ISHAQ dan AL-MAZWARI[125].

d.      ABU YUSUF dan MUHAMMAD kata, QIRAN lebih afdhal. Kemudian TAMATTU’. Kemudian, IFRAD[126].

e.      HAMBALI kata, TAMATTU’ lebih afdhal dari QIRAN dan IFRAD[127]. Imam Ahmad pernah kata: tidak ada syak lagi bahawa Nabi saw lakukan haji qiran. Tamattu’ pula lebih aku suka[128]

 

HAJI QIRAN[129];

[74] Iaitu, sejak awal pakai ihram di Miqat, dia niatkan mahu mengerjakan haji dan umrah sekaligus.

 

[75] KAIFIYATNYA;

a.      Dia tunaikan ibadat umrah.

b.       Dimulai dengan tawaf Qudum, lalu dia lakukan SA’I antara safa dan marwah. Sampai di sana, maka umrahnya berhenti.

c.       Rambutnya belum boleh digunting atau dicukur (tidak boleh tahallul lagi).

d.      Setelah Umrah, mulailah dia tunaikan ibadat Haji; wukuf di arafah, lontar 3 jamrah

e.      Di hari ke-10, wajibkan dia sembelih seekor kambing (sekurang-kurangnya) atau 7 ekor unta umur 7 tahun (kalau mampu). Ia sebagai tanda syukur kerana dapat selesaikan umrah dan haji.

f.        Ataupun; ganti dengan puasa 3 hari selama haji dan 7 hari (jadi 10 hari) selesai Haji.

 

HAJI TAMATTU’[130]

[76] Setelah sampai di tempat Miqat dan mandi ihram serta pakai ihram, diniatkan akan sempurnakan umrah sahaja terlebih dahulu. Hal ini berlaku, kemungkinan masa untuk haji lambat lagi.

 

Sesampai sahaja di mekah, dikerjakan segala rukun dan wajib umrah dengan memulai dengan TAWAF QUDUM, lalu lakukan SA’I antara safa dan Marwah.

 

Setelah selesai tahallul, maka selesai umrah pada saat itu, lalu dia pulang dan pakai pakaian biasa. Maka sudah halal semua pekerjaannya yang dilarang ketika umrah.

 

Setelah itu, ditunggukan waktu untuk Haji pula. Apabila sampai 8 zulhijrah, mulailah dia pakai ihram dari mekah dengan niatkan haji. Dia mulai dengan wukuf di Arafah pada hari ke-9 setelah gelincir matahari, malamnya mabit di Muzdalifah, melontar jamrah di Mina.

 

Setelah selesai Jamrah al-Aqabah, dia sembelih seekor kambing atau 7 ekor unta bagi yang mampu, dan agihkan dagingnya kepada fakir miskin.

 

Menurut IMAM SYAFIE, sembelih dam boleh berlaku setelah selesai kerjakan Umrah, iaitu sebelum naik ke Arafah.

 

Kalau kita tidak sanggup, maka boleh diganti dengan puasa 3 hari selama haji tersebut dan 7 hari tambahannya selepas selesai haji[131].

 

HAJI IFRAD[132]

[77] Haji tanpa disertakan dengan umrah. Dari miqat dimulai dengan mandi dan berwuduk, lalu pakai ihram. Selepas itu, solat dua rakaat. Ketika itu, berniat hendak tunaikan haji sahaja.

 

Apabila sampai di mekah, terus menunaikan tawaf qudum. Setelah tawaf qudum, TIDAK SA’I dan tidak tahallul, Ihram tidak dibuka sehingga menunggu waktu naik ke Arafah.

 

Setelah selesai wukuf di Arafah, maka mabit di Muzdalifah, turun untuk lontar jamrah al-Aqabah.

 

Setelah selesai lontar jamrah al-aqabah, sesudah subuh hari ke-10 itu, dia boleh TAHALLUL AWAL (PERTAMA) dan buka Ihram. Ketika ini, semua sudah halal kecuali bersetubuh dengan isteri. Setelah lontar JAMRAH AL-AQABAH, dia segera berangkat ke Mekah untuk melakukan tawaf dan Sa’i. Selesai Sa’i, dilakukan TAHALLUL SANI (KEDUA).

 

Andai dia tidak lakukan tahallul awal, selesai Sa’i dia lakukan Tahallul secara sekaligus.

 

Selepas tahallul sani itu, maka halal dia bersetubuh dengan isterinya. Selesai tahallul sani, dia segera ke Mina dan berhenti di situ selama 3 hari. Dengan demikian hajinya telah selesai, dia pun wajib tunaikan Umrah pula; sekurang-kurangnya sekali. Hal ini kerana, sejak dari mula datang, dia belum melakukan umrah lagi.

 

Orang yang lakukan Haji Ifrad, tidak perlu membayar Dam, sama ada kambing atau 7 ekor unta atau puasa 3 hari dan 7 hari. Meskipun begitu, mereka tetap dianjur untuk sembelih korban pada Aid al-Adha.

 

MAKAN DAGING DAM

[78] berkenaan binatang dam, apakah boleh dimakan oleh pembayar dam?[133]

a.      SYAFIE kata, tidak harus makan oleh pembayar dam.

b.      ABU HANIFAH kata, boleh dimakan oleh pembayar dam.

 

فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ

 

“Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing)”

 

[79] Apabila Allah bagi keringanan bagi orang yang tidak dapat masuk ke Mekah, maka diberikan keringanan, iaitu dengan bayar dam. Jika dia tidak dapat bayar dam, maka diberikan rukhsah lagi, iaitu puasa 10 hari.

 

Kata ASYUR, ini membuktikan bahawa islam adalah agama rahmat[134].

 

[80] kalau binatang untuk nak sembelih dam itu tidak ada, maka tidak boleh ganti dengan duit dan wang - al-Quran menyatakan bahawa dia perlu berpuasa selama 10 hari;

a.      Tiga hari semasa haji.

b.      Tujuh hari apabila sampai ke kampung halaman masing-masing.

 

[81] Maksud مَنْ لَمْ يَجِدْ – iaitu dia tidak dapat membayar dam dengan sekurang-kurangnya seekor kambing, maka mereka perlu فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ – iaitu berpuasa selama tiga hari. Puasa tersebut hendaklah dilakukan فِي الْحَجِّ – ketika haji. Ada dua pendapat ulama;

a.      Dalam bulan Haji.

b.      Ketika ihram sedang dipakai dalam ibadat Haji[135].

 

Ketika berpuasa dalam haji itu, syafie menyatakan bahawa dia perlu dalam ihram haji. Justeru, tidak boleh dilaksanakan sebelum dan selepas tidak pakai ihram haji, seperti semasa pakai ihram umrah[136].

 

Dalam penentuan hari pula, ulama memberi pendapat berikut;

A.      Kata Shihab, sebelum wukuf di arafah (9 ZulHijjah)[137]. Sebaiknya adalah hari ke-6, 7 dan 8 Zulhijjah. Tetapi boleh sahaja ditunaikan puasa itu pada hari lain, tetapi yang penting sebelum dia bertolak pulang ke kampung halangan[138].

B.      IBN KATHIR kata, yang paling utama bahawa dia berpuasa itu sebelum hari arafah pada 10 zulhijjah. Ini adalah pendapat ATO’. Ataupun ketika dia mula pakai ihram. Ini adlaah pendapat IBN ABBAS dan sebagainya[139].

C.      AL-HASAN kata, dilakukan sehari sebelum tarwiyah, dan tarwiyah, arafah. Ini adalah pendapat ‘ATO’, AL-SYA’BI, ABU AL-A’LIYAH, IBN JUBAIR, TOUS dan IBRAHIM. Dinukilkan bahawa ia dari ALI[140].

D.     Mana-mana hari dalam bulan haji, ini pendapat TOUS, MUJAHID, ‘ATO’[141].

E.      Semenjak ihram sehingga hari arafah (9 Zulhijjah). Ini pendapat dinukilkan dari IBN UMAR[142].

F.       Menurut RAZI, digalakkan berpuasa pada hari haji. Namun, ketika hari arafah bahawa dia sudah tidak berpuasa[143].

 

[82] Jika tidak sempat berpuasa, apakah boleh dia berpuasa pada hari tasyriq?

a.      Pendapat QADIM SYAFIE, boleh dia berpuasa pada hari tasyriq. Dalil mereka;

·       Riwayat Bukhari: IBN UMAR dan AISYAH ada menyatakan bahawa tidak ada rukhsah berpuasa pada hari tasyriq kecuali bagi orang yang tidak dapati binatang untuk bayar dam[144].

·       Saidina ALI pernah berkata: barangsiapa yang terluput puasa pada tiga hari dalam haji, maka dia boleh berpuasa pada hari tasyriq[145].

b.       Pendapat JADID SYAFIE, tidak boleh puasa pada hari tasyriq. Dalilnya;

·       Riwayat Muslim: hadis Nabi saw ada bersabda: hari tasyriq adalah hari makan, minum dan berzikir kepada Allah[146].

 

[83] Bukan sekadar tiga hari berpuasa, bahkan وَسَبْعَةٍ – iaitu tujuh hari dia perlu berpuasa. Dan ditunaikan 7 hari itu pula إِذَا رَجَعْتُمْ – iaitu, apabila mereka sampai ke kampung halaman[147]. Di sini ada kupasan berikut;

a.      Apabila sampai ke kampung halaman mereka. ini pendapat IBN ABBAS, AL-HASAN, ABU AL-‘ALIYAH, AL-SYA’BI dan QATADAH. Pendapat SYAFIE JADID kata, apabila dia kembali ke ahli keluarga dan kampung halaman[148].

b.       Apabila dia sudah kembali dari ibadat haji (iaitu dalam perjalanan pulang pun sudah boleh). Ini adalah pendapat ‘ATA’, SAID BIN JUBAIR, ABU HANIFAH[149] dan MALIK.

c.       Boleh ditunaikan di tengah jalan, atau pun sesudah sampai ke kampung halaman. Ini adalah pendapat AHMAD BIN HANBAL sepertimana yang beliau jawab dari soalan muridnya, AL-ASRAM[150].

 

Walaubagaimana pun, Hamka menyatakan bahawa berkenaan berpuasa 7 hari apabila sampai di kampung halaman ini, ada ulama kata, tidak salah jika dia berpuasa ketika masih lagi dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, seperti naik kapal laut, bahawa dia masih dalam perjalanan, di atas kapal itu pun dia sudah mula tunaikan puasa 7 hari tersebut[151].

 

Justeru, jika dia tunaikan puasa itu semasa dalam perjalanan, iaitu sebelum sampai ke kampung halamannya, maka;

a.      Syafie anggap puasanya tidak sah.

b.      Hanafi, Maliki dan Hanbali anggap puasanya sah.

 

Walaubagaimana pun, jika masih lagi dalam hari-hari haji, tunaikan puasa 7 hari itu tidak harus[152].

 

تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

 

semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna.

 

[84] Berpuasa di Mekah selama 3 hari, dan tambah pula dengan 7 hari berpuasa di kampung halaman, maka bilangan puasa yang dia tunaikan itu adalah selama 10 hari.

 

Menurut USAIMIN, dalam ayat disebutkan itu secara mutlak. Justeru, tidak disyaratkan tatabu’ (berturut-turut) untuk berpuasa tersebut[153].

 

[85] Dalam sebutan orang arab, apabila disebut 7, ia difahami sebagai BANYAK, bukan mesti secara tepat, walhal puasa selama 7 hari itu hendaklah mengikut ketepatan masanya, maka untuk hindari salah faham itu, Allah pun menambah kata: “semuanya ini sepuluh hari cukup sempurna”

 

[86] Berkenaan menyebut SEPULUH HARI SECARA SEMPURNA, terdapat kupasan ulama berikut;

a.      Dalam kadar 10 hari dia berpuasa itu, kedudukannya sama sepperti kedudukan orang bayar dam. Ini dalah pendapat IBN ABBAS dan AL-HASAN[154].

b.       10 hari itu memberi maksud bahawa mereka tidak ada pilihan terhadap 3 hari dan 7 hari yang mereka perlu berpuasa. Jika tidak disebut 10 hari, bimbang orang faham ia sebagai pilihan sahaja, iaitu bimbang ada orang yang faham, kalau sudah berpuasa 3 hari, maka tidak tunaikan yang 7 hari pun sudah tidak mengapa; atau kalau tidak mahu puasa 3 hari, maka kita tunaikan 7 hari sahaja. Justeru, kekeliruan itu terhindar dengan disebut 10 hari secara sempurna[155]. Ini adalah pendapat ABU SULAIMAN AL-DIMASYQI[156].

c.       Ini adalah Ta’kid terhadap maksud 3 hari + 7 hari yang mereka perlu berpuasa[157]. Ia sama seperti firman Allah;

 

وَلكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ [الْحَجِّ: 46]

Tetapi buta hati yang ia BERADA PADA DADA

 

Kalau sebut “hati” sahaja, tanpa disebut “pada dada” pun sudah memadai. Tetapi, disebut juga untuk ta’kid.

 

[87] perkataan itu adalah lafaz Khabar yang memberi makna SURUHAN. Maka takdir kalamnya: تلك عشرة فأكملوها – itu adalah sepuluh hari. Maka, hendaklah kamu sempurnakan 10 hari itu[158].

 

HUKUM FIQH

[88] Jika dia tidak dapati binatang untuk bayar dam dan tidak mampu untuk puasa tiga hari sebelum hari korban, apa yang perlu dia lakukan?

 

Jawab: pendapat ulama seperti berikut;

a.      Tidak memadainya kecuali kena bayar dam juga. Tidak memadai dengan puasa. Ini pendapat UMAR BIN AL-KHATTAB, IBN ABBAS, IBN JUBAIR, TOUS dan IBRAHIM[159].

b.      Dia perlu berpuasa pada hari mina. Ini pendapat IBN UMAR dan AISYAH, AHMAD dan salah satu pendapat IMAM MALIK[160].

c.        Tidak boleh berpuasa pada hari tasyriq, bahkan hendaklah dia berpuasa hari selepasnya. Ini pendapat diriwayatkan dari ALI. Al-Marruzi riwayatkan daripada AHMAD, dan ia adalah pendapat SYAFIE[161].

 

[89] Mereka perlu berpuasa selama 3 hari + 7 hari, jika mereka tidak dapat tunaikan dam. Namun, jika mereka dapat binatang Dam selepas sudah memulakan puasa 3 hari, maka mereka perlu bayar dam. Namun, bagaimana pula dengan puasa mereka?

a.      Pendapat MALIK dan SYAFIE, mereka tidak wajib selesaikan puasa itu.

b.      Pendapat ABU HANIFAH, Wajib mereka selesaikan puasa 3 hari tersebut.

c.        Pendapat ‘Ata’, jika dia sudah berpuasa 2 hari, maka dia berhenti dari puasa dan hendaklah dia bayar dam. Jika dia sudah puasa 3 hari, maka hendaklah dia sempurnakan lagi 7 hari berbaki, dan dia tidak wajib lagi bayar dam[162].

 

ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

 

Hukum ini (Haji Tamattu’) ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah).

 

Dalam terjemahan shihab: “bagi orang yang keluarganya tidak berada di masjidil haram[163]

 

[90] Menurut ABDUH dan HANAFIYYAH, bahawa bagi penduduk Mekah, tidak ada haji tamattu’[164]. IBN ABBAS ada berkata:

يَا أَهْلَ مَكَّةَ، لَا مُتْعَةَ لَكُمْ، أُحِلَّتْ لِأَهْلِ الْآفَاقِ وحُرِّمت عَلَيْكُمْ، إِنَّمَا يَقْطَعُ أَحَدُكُمْ وَادِيًا -أَوْ قَالَ: يَجْعَلُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْحَرَمِ وَادِيًا -ثُمَّ يُهِلّ بِعُمْرَةٍ

“wahai penduduk mekah, tidak haji tamattu’ bagi kamu. Dihalalkan kepada penduduk bahagian atas dan ia diharamkan kepada kamu. Seseorang kamu memutuskan satu lembah (atau dia kata: dia jadikan antaranya dan antara tanah haram itu satu lembah) kemudian dia berihram untuk umrah[165].

 

[91] kaedah Islam: dalam kesusahan pasti akan ada keringanan. Makanya, Allah memberi ruang kepada bukan penduduk Masjidil Haram untuk buat tamattu’, kerana mereka hadapi kesukaran untuk sampai untuk buat haji atau umrah seperti permusafiran dan sebagainya[166].

 

[92] Dalam kupasan USAIMIN pula, perkataan اهله di sini;

a.      Ada pendapat kata, ia bermakna نفسه – iaitu dirinya sendiri.

b.      Ada pula berpendapat, orang yang tinggal bersamanya seperti isteri, bapa, ibu, anak-anak dan sebagainya.

 

Menurut Usaimin, tafsiran (b) lebih sahih[167].

 

[93] Bagi penduduk Mekah pula, kalau mereka mahu ibadat haji bahawa mereka pakai ihram dari mekah dan terus pergi wukuf di Arafah. Namun, bagi penduduk luar mekah, mereka perlu ditentukan miqatnya[168].

 

Menurut SYAFIE, apabila dia umrah, pasti dia datang dari MIQAT. Kemudian, setelah dia buka ihram umrah. Lalu, dia mulakan ihram haji pula ketika dia sudah berada di Mekah tanpa timbul isu miqat, maka di situ adalah KHALAL (kecacatan). Dengan sebab itu, perlu ditampal dengan bayar Dam[169].

 

[94] Ulama berbeza pendapat terhadap maksud حاضري المسجد الحرام;

a.      Ada kata, merujuk kepada penduduk mekah, iaitu mereka yang berada dalam kawasan tanah haram. Ini adalah pendapat IBN ABBAS, Jemaah dari kalangan salaf dan khalaf[170], serta TOUS dan MUJAHID[171].

b.      Penduduk Mekah secara khusus yang antara mereka dengan selainnya adalah batasan keizinan solat safar, iaitu perjalanan dua hari[172]. Ini pendapat SYAFIE[173].

c.       Kalangan yang berada di luar dari miqat. Ini pendapat ‘ATA’[174].

 

USAIMIN memilih pendapat (a) sebagai pendapat yang paling hampir dengan kebenaran, iaitu pendapat yang anggap penduduk tanah haram. Justeru, mereka yang bukan penduduk tanah haram, ia bukan maksud ayat ini[175].

 

Menurut ABU HANIFAH, penduduk masjidil Haram adalah setiap mereka yang berada dalam kawasan miqat, sama ada mereka penduduk Mekah, atau selainnya, sama ada penduduk tanah haram atau tanah halal[176].

 

Menurut ‘ATO, penduduk masjidil Haram itu adalah[177];

وَقَالَ عَطَاءٌ: حَاضِرُو الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَهْلُ مَكَّةَ وَأَهْلُ عَرَفَةَ، وَمَرٍّ، وَعُرَنَةَ، وَضَجْنَانَ، وَالرَّجِيعِ

 

Menurut SHIHAB, kadar jarak antara tempat tinggal dan tanah haram itu adalah jarak yang diperbolehkan untuk melakukan solat safar atau sekitar 86KM[178].


[95] Bagi orang yang belajar di tanah haram, sedangkan ahli keluarganya berada di luar tanah haram. Apakah dia termasuk dalam maksud ayat?

 

Jawab: Dia tidak termasuk dalam maksud ayat, kerana dalam ayat menyebut: أَهْلُهُ pada ayat لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ. Memandangkan dia hanya duduk di tanah haram, sedangkan ahli keluarganya berada di luar tanah haram, maka dia tidak termasuk dalam maksud penduduk tanah haram[179].

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

 

“Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah”

 

[96] Selalunya, apabila Allah menjelaskan perincian sesuatu hukum, pasti akan ada pesanan berkaitan dengan taqwa. Menurut shihab, itu adalah isyarat bahawa taqwa tidak akan berlaku kecuali dengan pengetahuan terlebih dahulu[180].

 

[97] Ibadat tidak boleh dilakukan kecuali dalam bentuk TAAT. Ekoran itu, jika diperhatikan kepada ayat-ayat yang berkaitan dengan ibadat, pasti akan ada pesanan bertaqwa

 

[98] Dalam ayat berkenaan ibadat korban ada disebutkan bahawa sembelih korban itu, keutamaannya adalah pada taqwa;

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)- الحج

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

 

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (196)

 

dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)”

 

[99] Apabila sifat Taat sebagai cara beribadat atau disebut sebagai AL-TA’ABBUDI. Justeru, tidak perlu tanya kenapa perlu melontar, perlu sa’i, perlu tawaf dan sebagainya. Hanya laksanakan segala perintahnya.

 

Mungkin ada manusia yang cuba mempersoalkan juga, maka manusia itu perlu ingat pesanan bahawa azab Allah itu hebat. Justeru, taat sahaja perintahNya.

 

 

 



[1] shihab:1/430

[2] Razi:5/304

[3] Zad:1/158

[4] Razi:5/296

[5] Asyur:2/217

[6] Asyur:2/218

[7] Asyur:2/218

[8] Asyur:2/219

[9] Hamka:1/457

[10] Hamka:1/457

[11] Hamka:1/457

[12] Kathir:1/532

[13] Kathir:1/532

[14] Asyur:2/220

[15] Zad:1/158

[16] Shihab:1/428.

[17] Hamka:1/457

[18] Shihab:1/429

[19] Kathir:1/531

[20] Shihab:1/428

[21] Shihab:1/429

[22] Razi:5/297

[23] usaimin:2/392

[24] shihab:1/430

[25] Hamka:1/456

[26] Hamka:1/457

[27] Hamka:1/457

[28] Hamka:1/456

[29] Hamka:1/456

[30] Hamka:1/457

[31] Hamka:1/457

[32] Zad:1/159

[33] Asyur:2/221

[34] Zad:1/159 | Asyur:2/221

[35] Asyur:2/221

[36] Hamka:1/457

[37] razi:5/298

[38] razi:5/298

[39] qurtubi:2/368

[40] Razi:5/296

[41] Razi:5/296

[42] Razi:5/296

[43] hari itu, jemaah Haji disunatkan lakukan ibadat korban di Mina

[44] Razi:5/296

[45] Razi:5/296

[46] Asyur:2/216

[47] Kathir:1/533

[48] Qurtubi:2/366

[49] Qurtubi:2/366

[50] Qurtubi:2/367

[51] Hamka:1/458

[52] Usaimin:2/392

[53] Zad:1/159

[54] Zad:1/159

[55] Zad:1/159

[56] Zad:1/159

[57] Hamka:1/458

[58] Zad:1/159

[59] razi:5/301

[60] razi:5/302

[61] razi:5/302

[62] Razi:5/305

[63] Shihab:1/430

[64] zad:1/159

[65] razi:5/302

[66] Shihab:1/430

[67] zad:1/159

[68] razi:5/302

[69] zad:1/159

[70] Hamka:1/458

[71] Razi:5/303

[72] Usaimin:2/399

[73] Zad:1/159

[74] Razi:5/303

[75] Qurtubi:2/372

[76] Usaimin:2/399

[77] Usaimin:2/399

[78] Usaimin:2/399

[79] Shihab:1/430

[80] Hamka:1/459 | razi:5/305

[81] Zad:1/160

[82] Hamka:1/459

[83] razi:5/305

[84] Zad:1/160

[85] Razi:5/305

[86] Manar:2/178

[87] Manar:2/178

[88] Razi:5/305

[89] Razi:5/305

[90] Kathir:1/534

[91] Hamka:1/458

[92] Usaimin:2/406

[93] Usaimin:2/393

[94] Usaimin:2/393

[95] Razi:5/304

[96] Razi:5/305

[97] Kathir:1/534

[98] manar:2/178

[99] Usaimin:2/393

[100] Zad:1/160 | Razi:5/306

[101] Kathir:1/535

[102] Hamka:1/459

[103] Zad:1/161

[104] Zad:1/161

[105] Kathir:1/537

[106] Kathir:1/537

[107] Usaimin:2/393

[108] Zad:1/161

[109] razi:5/307

[110] razi:5/307

[111] Hamka:1/459

[112] Usaimin:2/405

[113] Usaimin:2/402

[114] Usaimin:2/403

[115] Usaimin:2/403

[116] Usaimin:2/404

[117] Hamka:1/460

[118] Shihab:1/429

[119] Razi:5/308

[120] asyur:2/227

[121] Usaimin:2/394

[122] Usaimin:2/407

[123] Razi:5/298

[124] Hamka:1/459 | Razi:5/298

[125] Razi:5/298

[126] Razi:5/298

[127] Hamka:1/459

[128] Usaimin:2/408

[129] Hamka:1/460

[130] Hamka:1/460

[131] Hamka:1/460

[132] Hamka:1/460

[133] Razi:5/309

[134] Asyur:2/228

[135] Zad:1/162

[136] Razi:5/309

[137] Shihab:1/429

[138] Shihab:1/430

[139] Kathir:1/538

[140] Zad:1/161

[141] v

[142] Zad:1/161

[143] Razi:5/310

[144] Kathir:1/538

[145] Kathir:1/538

[146] Kathir:1/539

[147] Hamka:1/461

[148] Razi:5/310

[149] Razi:5/310

[150] Zad:1/162

[151] Hamka:1/461

[152] Usaimin:2/409

[153] Usaimin:2/410

[154] zad:1/163

[155]Hal ini kerana, terdapat ayat al-Quran yang menggunakan “و” tetapi bermakna “أو” seperti;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ (3) – النساء

Justeru, dibimbangi apabila disebut dalam ayat;

فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ

Dibimbangi difahami “و” pada “وَسَبْعَةٍ” dengan makna “أو”. Maka, kekeliruan dihindari dengan menyebut تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ (zad:1/163)

[156] zad:1/163

[157] Zad:1/163

[158] zad:1/163

[159] Zad:1/161

[160] Zad:1/161

[161] Zad:1/161

[162] Zad:1/162

[163] Shihab:1/429

[164] Manar:2/180

[165] Kathir:1/540

[166] Manar:2/180

[167] Usaimin:2/394

[168] Hamka:1/461

[169] Razi:5/312

[170] Usaimin:2/395

[171] zad:1/163

[172] Usaimin:2/395

[173] Razi:5/313

[174] zad:1/163

[175] Usaimin:2/395

[176] Asyur:2/230

[177] Asyur:2/230

[178] Shihab:1/429

[179] Usaimin:2/410

[180] Shihab:1/431

(2) AL-BAQARAH 196

AL-BAQARAH 2:196   وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَ...