Monday, July 17, 2023

(2) AL-BAQARAH 183

AL-BAQARAH 2:183

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 182

AYAT 183

 

Dijelaskan hukum Wasiat yang ada kaitan dengan hukum Qisas.

 

Hukuman Qisas pula, ada kaitan dengan hal penjagaan nyawa.

 

 

Diperkenalkan hukum berpuasa. Hal ini kerana, berpuasa salah satu proses menjaga nyawa dari sudut kesihatan.

 

[1] Ayat sebelum, berbicara berkenaan penjagaan nyawa, maka diperkenalkan hukum QISAS.

Dalam ayat ini, diperjelaskan berkenaan penjagaan nyawa dari sudut kesihatan pula. Maka diperkenalkan hukum PUASA[1].

Konsep berpuasa dan kaitan dengan kesihatan, ada disebutkan dalam hadis bahawa Abu Hurairah ada berkata bahawa Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اغْزُوا تَغْنَمُوا، وَصُومُوا تَصِحُّوا، وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا» - الطبراني—المعجم الأوسط, 174[2]

Berperanglah, kamu akan dapat harta ghanimah. Berpuasalah, kamu akan sihat. Bermusafirlah, kamu akan mencari kekayaan”


[2] Hukum Qisas dan hukum Puasa; kedua-dua ini adalah amalan yang sudah ada sebelum era Nabi saw lagi.

 

[3] Allah menyuruh agar orang beriman berpuasa yang sudah pasti ada perbezaan antara puasa yang diajar oleh Nabi berbanding dengan umat sebelum ini; iaitu puasa umat Nabi Muhammad beroreantasikan kepada KETAATAN. Jika tidak, ia tidak mencapai kepada KETAQWAAN.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ

 

[4] Dari sudut bahasa arab, perkataan الصيام bermakna الإمساك والكف عن الشيء—iaitu MENAHAN DIRI[3].

Dalam al-Quran, Allah ada berfirman:

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا (26) – مريم

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah dari segala kerungsingan. Adapun kamu nampak seseorang manusia, maka katakanlah: sesungguhnya aku bernazar kepada Tuhan yang maha penyayang (bahawa) diam—sekali-kali aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pun pada hari ini.

Perkataan “صوما dalam ayat ini bermakna Maryam menahan diri dari bercakap.

 

[5] Dari sudut Istilah, ia bermakna menahan makan, minum dan bersetubuh suami dan isteri dari fajar sampai ke maghrib.

 

[6] Dalam ayat, digunakan perkataan كُتِبَ—dengan dibaca BINA MAJHUL. Dari sudut ilmu nahu arab, bina majhul menyebut sesuatu perbuatan tanpa disebut siapa yang membuatnya. Ia berbeza dengan bina ma’ruf; iaitu menyebut sesuatu perbuatan dengan disebut sama siapa yang membuatnya.

Contoh bina ma’ruf adalah: Telah memukul OLEH MUHAMMAD akan zaid. Perkataan “OLEH MUHAMMAD” adalah orang yang membuat perbuatan pukul.

Andai ayat itu digantikan kepada bina majhul, ia akan jadi: telah dipukul AKAN ZAID.

Watak MUHAMMAD digugurkan dengan digantikan sebutan perbuatan itu dengan: DIPUKUL.

Dalam ayat ini, Allah kata dalam bentuk bina majhul: “diwajibkan kepada kamu berpuasa”.

kalau digantikan dengan Bina Ma’ruf, ia akan jadi ayat: telah mewajibkan OLEH ALLAH akan puasa.

Persoalannya, kenapa ayat ini tidak menggunakan pendekatan BINA MA’RUF, tetapi digunakan BINA MAJHUL? Iaitu, kenapa tidak disebut bahawa Allah yang mewajibkan puasa itu?

Jawapannya:

Dari sudut konteks ayat, semua pembaca ayat ini akan tahu bahawa kewajipan puasa itu datang dari Allah. Justeru, tidak perlu berlengah-lengah menyebut sesuatu yang sudah diketahui.

Menurut QURAISH SHIHAB, puasa itu amat bermanfaat untuk kesihatan manusia yang ANDAI Allah tidak wajibkan pun, manusia akan berpuasa juga. Kalau mereka tidak berpuasa pun, mereka tetap akui dari sudut ilmu manusia bahawa puasa itu baik untuk kesihatan manusia[4].

 

كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

 

[7] Ayat ini, sekali lagi menggunakan perkataan كُتِبَ—menggunakan pendekatan BINA MAJHUL.

Menurut QURAISH SHIHAB, bagi kalangan umat sebelum Nabi Muhammad, kewajipan puasa itu ada yang datang dari Tuhan, dan ada pula datang dari tokoh-tokoh agama mereka[5].

 

[8] Dalam ayat sebelum ini, disebutkan berkenaan hukum QISAS yang ia merupakan amalan yang sudah diamalkan oleh kalangan manusia sebelum nabi saw. Demikian juga ibadat puasa; ia adalah ibadat turut temurun, sama sepertimana Qisas yang merupakan perundangan turun temurun.

Namun, perbezaannya adalah cara dan bentuk; islam datang memberikan aturcara yang memberi kemaslahatan kepada manusia.

 

[9] Dalam ayat menyebut: مِنْ قَبْلِكُمْ—khilaf dalam kalangan ulama, siapakah yang dimaksudkan mereka yang sebelum Nabi Muhammad:

·       Yahudi

·       Nasrani

·       Semua penganut agama-agama sebelum ini[6].

Menurut USAIMIN, maksud ayat ini adalah semua penganut agama-agama, sama ada yahudi, nasrani atau apa jua jenis agama.[7]

 

[10] PUASA UMAT DAHULU:

NABI MUSA pernah berpuasa selama 40 hari[8].

Orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 muharram.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: لَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَسُئِلُوا عَنْ ذَلِكَ فَقَالُوا: هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي أَظْهَرَ اللهُ فِيهِ مُوسَى وَبَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى فِرْعَوْنَ وَنَحْنُ نَصُومُهُ تَعْظِيمًا لَهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَحْنُ أَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ» - السنن الكبري للنسائي, 230

Ibn Abbas berkata: ketika Nabi saw sampai ke Madinah, Baginda dapati orang yahudi berpuasa pada hari asyura (10 Muharram). Mereka ditanya berkenaan amalan itu. mereka jawab: Hari ini Allah memberi kemenangan kepada Nabi Musa dan bani Israel terhadap kezaliman Firaun. nabi saw pun berkata: Kami lebih utama terhadap Musa berbanding kamu. Nabi saw pun menyuruh berpuasa asyura.

Ibn al-Nadhim menyebut dalam buku “al-fharasat” bahawa bagi penyembah bintang, mereka berpuasa selama 30 hari setahun, dan berpuasa suat selama 16 hari dan ada sampai 27 hari. Tujuan puasa mereka adalah memberi penghormatan kepada bulan.

Agama buddha berpuasa bermula dari terbit matahari sampai terbenam. Mereka berpuasa empat hari dalam sebulan yang mereka namakan sebagai UPOSATHA[9]

Dalam taurat, ada disebutkan bahawa mereka difardukan berpuasa pada hari ke-10 pada setiap bulan ke-7. Mereka berpuasa pada waktu malam sahaja. Kemungkinan ini adalah puasa Asyura[10].

Puasa Nabi Daud; sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa.

Menurut AL-QURTUBI, di awal islam, umat sudah berpuasa tiga hari di pertengahan bulan. Kemudian, ia dinasakhkan dengan ayat ini[11].

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَخْبَرَهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: «أَحَبُّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ، وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ، وَيَنَامُ سُدُسَهُ، وَيَصُومُ يَوْمًا، وَيُفْطِرُ يَوْمًا» - البخاري, 1131

Rasullullah saw bersabda: Solat yang paling disukai adalah solat Nabi Daud. Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur setengah malam dan bangun (solat) satu pertiga malam dan tidur balik satu perenam malam. Baginda puasa sehari dan tidak berpuasa sehari. (daripada Abdullah bin Amru bin al-As)

  Dalam hadis, ada disebutkan bahawa orang Quraish di era Jahiliyyah berpuasa Asyura.

أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: «كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ المَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ» - البخاري, 44

Aisyah berkata: Hari Asyura bahawa Quraish di era jahiliyyah bahawa mereka berpuasa. Rasulullah saw juga berpuasa pada hari tersebut. Apabila Baginda sampai ke Madinah, baginda berpuasa dan menyuruh orang berpuasa juga. Apabila difardukan Ramadan, Baginda tinggalkan puasa asyura—barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Jika dia mahu, silakan tidak berpuasa.

 

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

 

[10] Menurut Hamka, disebalik suruhan berpuasa terdapat maksud MENGENDALI DIRI. Kalau makan minum yang menjadi kebiasaan pun, manusia boleh kendali diri, sudah pasti perkara-perkara maksiat lain manusia boleh kendali diri.

Ekoran itu, Tuhan fardukan puasa untuk membina manusia menjadi bertaqwa[12].

Pendapat HAMKA ini selaras dengan satu sabda nabi saw:

«يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ» - البخاري, 5066

Wahai sekelian anak muda, barangsiapa ada kemampuan, berkahwinlah. Hal ini kerana, ia boleh menundukkan pandangan mata dan dapat menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Hal ini kerana, ia adalah pelemah syahwat”

Kata Rashid Redha, asal makna وجاء adalah “kasi”[13].

 

[11] HIKMAH DI SEBALIK PUASA:

Kata Redha, memandangkan puasa itu tidak makan dan minum, ia bukan bermakna menyeksa diri. Tetapi, ia adalah salah satu proses untuk mentadbiah[14].

Jika dilihat dari sudut itu, tidak hairan Allah tutupkan ayat dengan kataNya: Mudah-mudahan kamu bertaqwa.

Menurut ABU ZAHRAH, puasa adalah proses untuk MENGUATKAN JIWA. Ekoran itu, disebut: moga-moga kamu bertaqwa[15].

 

[12] Taqwa adalah amalan hati. Berpuasa pula adalah amalan perbuatan. Di sini menjadi dalil, amalan hati tidak boleh dipisahkan dari amalan perbuatan; ia berjalan beriringan serta saling menguatkan.

 

[13] Dikaitkan dengan ketaqwaan, kerana taqwa tidak akan berlaku kecuali dengan KETAATAN.

Contohnya, menunaikan solat tanpa ikut aturan agama, ia boleh dianggap maksiat. Walaupun solat itu ibadat kepada Allah, tetapi ia boleh jadi maksiat jika ditunaikan oleh perempuan yang sedang haid.

Demikian juga Ibadat puasa; ia tidak dilakukan kecuali dalam bentuk dan aturan yang diajar oleh wahyu. Jika tidak, maka puasa itu tidak boleh dianggap sebagai jalan-jalan ketaqwaan.

Hal ini berbeza dengan ibadat puasa bagi kalangan yang sebelum zaman Nabi—mereka berpuasa bukan berdasarkan aturan tuhan, tetapi bid’ah dari para guru mereka.

Al-Qurtubi menyebut bahawa Allah telah mewajibkan puasa Ramadan kenapa kaum Nabi Musa dan kaum Nabi Isa. Tetapi, ia telah berubah dari bentuk asal berpunca dari bid’ah dari para rahib mereka; iaitu, apabila ada seseorang rahib mereka sakit, dia bernazar bahawa kalau dia sihat, maka dia akan tambah puasa 10 hari lagi. Berlaku pula pada rahib yang lain pula. Akhirnya, puasa sudah menjadi sebanyak 50 hari yang semua itu menyusahkan kepada pengikut mereka[16].

 

PENGAJARAN

 

[14] kalau dilihat pada ayat, disebut kewajipan puasa. Tidak disebut pula puasa Ramadan. Dengan itu, apakah maksud puasa dalam ayat ini bukan merujuk kepada puasa Ramadan?

Dari sini, ada kupasan berikut:

Untuk mengetahui bahawa ayat ini merujuk kepada puasa Ramadan adalah melihat kepada hadis.

Syed Ahmad Khan menyatakan: جو لوگ کہتے ہیں کہ ان روزوں سے رمضان کے روزے مراد نہیں ہے، وہ یہ دلیل پیش کرتے ہیں کہ اگلی آیت میں جہاں خاص رمضان کے روزوں کا نام لایا ہے—dalam ayat akan datang (185), secara langsung Allah menyebut puasa Ramadan[17].

 

[15] Disebalik berpuasa, mengandungi ajaran agar menjaga kesihatan. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama yang amat mementingkan konsep kesihatan.

 

[16] Ayat ini menjadi dalil bahawa syariat muhammadiyyah menasakhkan segala syariah-syariah para-nabi sebelum ini.

 

 



[1] Shihab:1/400

[2] ARNAUT:

وهذا إسناد ضعيف جداً، موسى بن زكريا شيخ الطبراني، قال الدارقطني: متروك

[3] Manar:2/143

[4] Shihab:1/401

[5] Shihab:1/401

[6] Zad:105

[7] Usaimin:3/316

[8] Hamka:1/417

[9] Shihab:1/402

[10] Manar:2/144

[11] Qurtubi:2/275

[12] Hamka:1/418

[13] Manar:2/147

[14] Manar:2/145

[15] Zahrah:550

[16] Qurtubi:2/274

[17] Khan:266

No comments:

Post a Comment

(2) AL-BAQARAH 196

AL-BAQARAH 2:196   وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَ...