Monday, July 17, 2023

(2) AL-BAQARAH 191-192

 

AL-BAQARAH 2:191-192

 

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ (191) فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (192)

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. * Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 190

AYAT 191-192

 

Keizinan perang apabila musuh memulakan perang.

 

 

Apabila sudah mulakan perang, dibenarkan bunuh orang yang melampau. Tetapi, jika mereka berhenti dari tindakan melampau, kita pun kena berhenti.

 

 

[1] Apabila Nabi saw dan para sahabat bimbang bahawa mereka bakal diperangi oleh PENDUDUK MEKAH yang MUSYRIK ketika mereka tunaikan UMRAH AL-QADHA’, maka ayat 190 menjelaskan bahawa melakukan serangan balas terhadap mereka adalah dibolehkan, walaupun kejadian itu berlaku di tanah haram sekalipun.

Makanya, dalam ayat 191 ini pula dijelaskan bahawa ketika melakukan serangan balas terhadap mereka, membunuh mereka adalah dibolehkan selama mereka ada sifat permusuhan.

 

[2] ada ulama seperti MUQATIL mengatakan bahawa AYAT 191 ini adalah NASIKH terhadap ayat 190. Hal ini kerana, ayat sebelum ini (190) mengatakan bahawa pihak muslim tidak boleh memulakan perang. Peperangan itu berlaku, apabila pihak musuh memulakan serangan terlebih dahulu. Sedangkan dalam ini (191) menyebutkan bahawa perangilah kafir di mana sahaja dijumpai mereka. Pentafsiran MUQATIL ini, RAZI kata doif. Justeru, RAZI menyatakan bahawa ayat 191 adalah TAKHSISKAN kepada umum ayat 190[1].

 

[3] SEBAB TURUN: menurut QURTUBI, ayat ini diturunkan berkaitan dengan seorang kafir quraish yang bernama AMRU BIN AL-HADHRAMI yang telah dibunuh oleh WAQID BIN ABDILLAH AL-TAMIMIY pada hari akhir pada bulan rejab (salah sebuah bulan haram) yang ketika itu dalam pasukan elit (سرية) ABDULLAH BIN JAHSH[2].

Memandangkan dia membunuh itu sebelum keluar bulan Haram[3], ia menjadi pertikaian dalam kalangan penduduk Mekah yang musyrik. Maka turun ayat yang menyatakan: fitnah lebih dahsyat berbanding membunuh.

 

[4] Ayat ini menyebut bahawa apabila orang kafir itu sudah memulakan serangan, tambahan pula di masjidil haram, itu tindakan yang melampau. Justeru, tidak salah memerangi balas sehingga membunuh orang kafir yang memulakan serangan di mana sahaja berjumpa dengannya.

 

[5] bukan sekadar itu, kalau mereka tidak memerangi, tetapi mereka ada usaha hendak mengeluarkan orang islam dari mekah, maka orang islam tidak salah berusaha mengeluarkan mereka dari mekah.

 

[6] Allah menyatakan, tindakan Muslim memerangi balas, atau mengeluarkan mereka dari mekah setelah mereka mula-mula berusaha mengeluarkan itu; tindakan itu adalah FITNAH. Ia lebih dahsyat dari membunuh.

 

[7] memandangkan Masjidil Haram ada kemuliaannya yang terjaga sejak zaman nabi Ibrahim lagi, maka Allah berpesan agar tidak perangi mereka di masjidil Haram kecuali mereka mulakan dahulu. Walaupun sudah disebut dalam ayat awal, tetapi diulang pesan untuk menggambarkan kemuliaan masjidil haram itu penting dijaga.

 

[8] walaubagaimana pun, jika kafir lakukan serangan juga di masjidil haram, membunuh mereka pun sudah jadi tidak salah. Tindakan itu amat patut, bahkan sesuai dengan balasan tindakan yang berpunca dari kekufuran mereka.

 

[9] Walaubagaimana pun, ketika sedang berperang itu mereka berhenti dari perang; ataupun mereka memeluk agama Islam, maka perang hendaklah dihentikan. Kesalahan mereka yang memulakan perang itu boleh dimaafkan oleh Allah yang maha penyayang.

 

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ

 

(Wahai orang Islam) bunuhlah (orang-orang kafir yang memerangi kamu semasa kamu lakukan ibadat di Mekah semasa Umrah al-Qadha’ nanti) di mana sahaja kamu jumpa mereka (dalam keadaan mereka sedang berusaha hendak membunuh dan mengeluarkan kamu dari mekah)

 

[10] kata HAMKA, Setelah kafir memulakan serangan, maka balas balik serangan tersebut. Apabila sudah memulakan serangan, maka jangan ada lagi belas kasihan terhadap mereka[4].

 

[11] Perkataan ثَقِفْ adalah;

a.                  ZAMAKHSYARI[5] dan RAZI[6] kata;

وجود على وجه الأخذ والغلبة

 kewujudan dalam bentuk penguasaan. Iaitu, kafir yang wujud itu ada unsur menguasai. Justeru, jika mereka semata-mata kafir tanpa mereka mahu menguasai seperti memerangi, maka ia tidak termaksud maksud ayat.

Tafsiran sebegini hampir sama dengan apa yang IBN ASYUR kata:

لَقِيتُمُوهُمْ لِقَاءَ حَرْبٍ

“kamu jumpa mereka dalam pertemuan perang”[7]  

b.                  kewujudan. Semata-mata wujud orang kafir pun, sudah memadai mereka diperangi. Menurut QADHI ABU YA’LA, ayat ini merangkumi semua orang musyrik kecuali mereka yang berada di Mekah. hal ini kerana, merujuk kepada ayat sebelum ini yang menyebut bahawa mereka diperangi jika mereka memulai perang dan ayat sambungan: وَلا تُقاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرامِ حَتَّى يُقاتِلُوكُمْ فِيهِ;. Justeru, jika tidak memulai perang, maka tidak boleh memulakan perang terhadap mereka[8].

Atas pentafsiran ini, USAIMIN kata, ini dalil bahawa di mana sahaja jumpa orang kafir, maka mereka boleh dibunuh. Dikecualikan ketika bulan haram berdasarkan ayat yang melarang pada bulan haram[9].

 

AL-QURTUBI pula kata وَفِي هَذَا دَلِيلٌ عَلَى قَتْلِ الْأَسِيرِ (ini adalah dalil bahawa boleh membunuh tawanan perang)[10]. Ini juga pendapat ABU ZAHRAH[11].

 

وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ

 

(Wahai orang Islam) kamu perlu keluarkan orang kafir sekadar mereka berusaha keluarkan kamu (dari Mekah)

 

[12] Jika orang kafir berusaha mengeluarkan orang islam dari mekah, maka tidak menjadi salah lagi bagi orang Islam berusaha mengeluarkan kafir dari mekah. Hal ini dilakukan oleh Nabi dalam sejarah pembukaan kota Mekah[12].

 

[13] menurut IMAM TABARI, khitab ayat ini tertumpu pada MUHAJIRIN. Dan maksud dengan KAFIR YANG DIKELUARKAN itu adalah KUFAR QURAISH[13].

 

[14] Maksud dengan MENGELUARKAN KAFIR itu adalah seperti berikut;

a.                  dipaksa mereka keluar dari mekah.

b.                  Membuat tekanan kepada mereka sehingga mereka keluar tanpa dipaksa[14].

 

[15] perkataan حيث pada ayat, iaitu keluarkan mereka dari tempat yang mereka keluarkan muslim.

(A)               keluarkan mereka dari Mekah.

(B)               Keluarkan mereka dari rumah mereka sahaja[15].

 

[16] USAIMIN kata, ini adalah salah satu cara mu’amalat bersama dengan orang kafir, iaitu; melakukan tindakan terhadap mereka berdasarkan apa yang mereka lakukan kepada kita[16]. Kupasan ini seragam dengan firman Allah yang lain;

 

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9) - الممتحنة

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. * Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

 

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

 

(Wahai orang islam! jika kamu perangi mereka setelah mereka memulakan serangan, itu tidak boleh dianggap sebagai salah dan sadis. Hal ini kerana, mudharat membunuh kerana pertahankan diri itu amat kecil jika dibandingkan dengan tindakan mereka yang memulakan perangan. Tindakan memulakan perang itu adalah fitnah, sedangkan) fitnah lebih dahsyat dari membunuh (demi pertahankan diri).

 

[17] Terjemahan Hamka: "dan fitnah adalah lebih ngeri daripada pembunuhan"

 

[18] Perkataan فتنة, RAZI kata, ia berasal dari dibakar emas dengan api untuk dibuang sebarang karat dan kotoran yang bercampur dengan emas terbabit. Makanya, dapatlah emas tulis. Justeru, dimaksudkan dengan UJIAN sebagai tasybih (penyamaan) dengan tujuannya, iaitu untuk mendapat iman yang tulin adalah dengan dibakar dengan ujian-ujian yang menimpa pada diri seseorang mukmin[17].

 

[19] Maksud الفتنة;

(A)               UJIAN dan MEHNAH yang tertimpa manusia sehingga mereka rasa terazab yang lebih dahsyat dari bunuh[18].

Kata ZAMAKHSYARI, apabila ditanya kepada ahli hikmah: apakah yang lebih dahsyat dari mati? Dijawab: iaitu kejadian yang boleh menjadikan seseorang itu berharap mahu mati. (salah satunya) dikeluarkan dalam negara dengan membuat pelbagai fitnah dan ujian sehingga dia merasakan mati lebih baik dari hidup[19].

(B)               Ada ulama kata, maksud dengan FITNAH adalah AZAB AKHIRAT. Hal ini kerana melihat kepada ayat berikut;

يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ (12) يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ (13) ذُوقُوا فِتْنَتَكُمْ هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ (14) – الذاريات

Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?" * (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, * (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".

Dalam penjelasan RAZI, makna fitnah dengan azab adalah menyebut AKIBAT dari sesuatu perilaku fitnah[20].

(C)               Ada ulama lain kata, maksud FITNAH adalah SYIRIK. Hal ini kerana, dari sudut dosa, syirik lebih besar berbanding membunuh[21].  Ini pendapat IBN MAS’UD, IBN ABBAS, IBN UMAR, QATADAH dan sebagainya[22].

Dalam penjelasan IBN ABBAS pula, kekufuran adalah fasad di bumi yang boleh membawa kepada kezaliman dan pembunuhan. Dan dosa syirik itu, menjadikan pelakunya kekal dalam neraka, sedangkan membunuh tidak menjadikannya kekal[23].

(D)               Orang yang murtad dari agama. Ini pendapat MUJAHID[24].

(E)                Menurut HAMKA,  fitnah, hasutan, gangguan dan seksaan yang sejak kamu memeluk Islam mereka timpakan ke atas dirimu sampai kamu terpaksa berhijrah meninggalkan kampung halaman, sehingga tercetus perang dan sebagainya, itu ternyata lebih dahsyat  berbanding bunuh di medan perang[25].

(F)                IBN KATHIR kata, kufur, syirik, menghalang orang dari Jalan Allah; semua ini lebih dahsyat dan lebih besar berbanding membunuh[26]. Pentafsiran IBN KATHIR ini selaras dengan firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ (217) – البقرة

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)

(G)              IBN ASYUR kata, maksud fitnah dalam ayat adalah mewujudkan rasa takut dan mencarik sistem kehidupan[27];

إِلْقَاءُ الْخَوْفِ وَاخْتِلَالُ نِظَامِ الْعَيْشِ

Atas ulasan itu, ASYUR kata, dalam perjanjian HUDAIBIYYAH bahawa orang islam meletakkan syarat bahawa tidak berlaku PEPERANGAN selama 10 tahun[28].

(H)              USAIMIN pula menyebut, maksud firnah adalah menghalang manusia dari agama mereka (صد الناس عن دينهم). Pentafsiran sebegini dikemukakan kerana melihat kepada firman Allah;

انَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ (10) - البروج

Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)

Fitnah adalah kemuncak bagi dosa, bahkan lebih teruk dari dosa membunuh, kerana orang yang terbunuh terputus dari mendapat kelazatan dunia, sedangkan fitnah akan memutuskan manusia dari kelazatan dunia dan akhirat. Firman Allah;

 وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ (11) - الحج

Dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata[29].

 

[20] Melihat pada pentafsiran (C), iaitu fitnah bermakna syirik, serta konteks ayat pula merujuk kepada tanah haram, dijadikan dalil bahawa SEMUA ORANG SYIRIK TIDAK BOLEH MASUK KE TANAH HARAM. Ia bermula dari MEKAH, kemudian membawa ke Madinah. Dengan itu, dalam hadis bahawa JABIR BIN ABDILLAH menyatakan bahawa SAIDINA UMAR mendengar RASULULLAH SAW bersabda;

لَأُخْرِجَنَّ الْيَهُودَ، وَالنَّصَارَى مِنْ جَزِيرَةِ الْعَرَبِ حَتَّى لَا أَدَعَ إِلَّا مُسْلِمًا – مسلم, 1767

Pasti akiu akan keluarkan Yahudi dan Nasrani dari jazirah Arab sehingga tidak aku tinggalkan kecuali muslim sahaja

 

[21] RAZI menyatakan, asal turun ayat ini melibatkan seorang sahabat Nabi (WAQID BIN ABDULLAH AL-TAIMIY) telah membunuh seorang musyrik (AMRU BIN AL-HADHRAMI) di tanah haram di akhir bulan rajab (bulan haram) dalam satu angkatan pasukan elit yang diketuai oleh ABDULLAH BIN JAHSH.[30] Hal ini menjadi kecoh dalam kalangan sahabat, sehingga turun ayat ini; iaitu mahu memberitahu bahawa sahabat tersebut memang salah kerana membunuh di tanah haram, tetapi dengan perilaku musyrik tersebut; itu ternyata lebih besar dosanya. Hal ini kerana, kerana kesyirikan itu menyebabkan dia mencetuskan peperangan sehingga tidak kisah ia berlaku di tanah haram sekalipun[31].

 

وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ

 

[22] Dalam pada Allah menyatakan keizinan memerangi mereka iaitu apabila mereka memulakan serangan terlebih dahulu, Allah tetap memberi ingatan agar menjaga kehormatan Masjidil Haram. Sengaja diulangi, sebagai peringatan agar orang tidak lupa

 

[23] Kemuliaan Masjidil Haram sejak zaman Nabi Ibrahim lagi bahawa tidak boleh ada perkelahian dan peperangan[32].

 

[24] Larangan berperang di tanah haram ini sepertimana disebut dalam hadis—daripada IBN ABBAS bahawa Nabi saw berkata semasa HARI PEMBUKAAN KOTA MEKAH;

إِنَّ هَذَا البَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ، وَإِنَّهُ لَمْ يَحِلَّ القِتَالُ فِيهِ لِأَحَدٍ قَبْلِي، وَلَمْ يَحِلَّ لِي إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ، فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ، لاَ يُعْضَدُ شَوْكُهُ، وَلاَ يُنَفَّرُ صَيْدُهُ، وَلاَ يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا، وَلاَ يُخْتَلَى خَلاَهُ – البخاري, 3189

"Sesungguhnya negeri ini telah Allah haramkan (sucikan) sejak hari penciptaan langit dan bumi, maka dia akan tetap suci dengan pensucian dari Allah itu hingga hari kiamat, dan sesungguhnya tidaklah dihalalkan untuk berperang di dalamnya bagi seorangpun sebelumku, dan juga tidak dihalalkan bagiku kecuali sesaat sahaja; aiitu dalam suatu hari, maka dia suci dengan pensucian Allah itu hingga hari kiamat, tidak boleh ditebang pokoknya, tidak boleh diburu binatang buruannya dan tidak ditemukan satupun barang temuan kecuali harus dikembalikan kepada yang mengenalnya (pemiliknya) dan tidak boleh ditebang pokoknya".

 

[25] Ulama khilaf, apakah pada ayat ini mansukh atau tidak?

a.                  Tidak mansukh, bahkan MUHKAM. Ini pendapat MUJAHID[33]. Ini juga pendapat ABU HANIFAH dan AHNAF[34].

b.                  MANSUKH. Ini adalah pendapat QATADAH. Ayat NASIKH adalah;

 

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ (89) – النساء

Bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka

Dalam hujah QURTUBI pula, QATADAH anggap MANSUKH dengan ayat[35];

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ  (5) – التوبة

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya

Kalau ikut pendapat AL-RABI’ BIN ANAS dan IBN ZAID[36]  serta MUQATIL[37] dan IBN KHUWAZMANDAD[38]; ayat NASIKH itu adalah ayat di atas;

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ

Justeru, dalam pandangan (b) ini, dibolehkan memulakan perang di tanah haram tanpa musuh memulakan terlebih dahulu[39].

Juga riwayat bahawa Nabi bagitahu kepada KHALID BIN AL-WALID pada hari FATH MEKAH;

احْصُدْهُمْ بِالسَّيْفِ حَتَّى تَلْقَانِي عَلَى الصَّفَا

Buru mereka dengan pedang sehingga kamu jumpa aku di Safa.

Keadaan itu sehingga AL-ABBAS datang kepada Nabi dan berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَهَبَتْ قُرَيْشٌ، فَلَا قُرَيْشَ بَعْدَ الْيَوْمِ

Wahai Rasulullah, Quraish sudah tidak ada lagi. Tidak akan ada lagi Quraish selepas ini[40].

Hujah mereka lagi adalah dengan sambungan ayat (ayat 193) yang menyuruh perangi mereka sehingga tidak ada fitnah[41];

وَقاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ" [البقرة: 193]

Hujah mereka lagi, turun surah TAUBAH dua tahun selepas turun surah BAQARAH. Dalam muwatta[42]’ menyebut—daripada Anas bin malik bahawa Nabi saw masuk ke Mekah dalam keadaan Nabi pakai topi perang[43]. Apabila Nabi membuka topi perang itu, ABU BARZAH datang dan berkata: IBN KHATAL  ابْنَ خَطَلٍ sedang bergantung pada kelambu Kaabah. Nabi saw pun membuat arahan agar membunuhnya[44].

Menurut ASYUR, IBN KHATAL itu, nama penuhnya adalah ABDUL UZZAH BIN KHATAL AL-TAIMIY. Dia masuk Islam, kemudian murtad. Selepas itu, dia mencela Nabi dan Islam. ASYUR kata, tindakan bunuh terhadap IBN KHATAL itu adalah HUDUD, bukan PERANG[45].   

Hujah ini dibantah oleh QURTUBI dengan menyatakan bantahan dengan menyatakan larangan memulakan serangan juga di tanah haram. Adapun hadis yang menyebut berkenaan suruhan membunuh di kaabah, itu dalam konteks negara Mekah masih lagi DAR AL-HARB wa AL-KUFR. Justeru, selepas dari itu, iaitu selepas MEKAH bukan lagi Dar al-harb dan al-Kufr, maka kembali hukum larangan memulakan serangan[46].

 

فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ

 

Jika mereka memerangi kamu (di masjidil haram), maka bunuhlah mereka

 

[26] Tanggungjawab bagi setiap diri manusia bahawa mempertahankan dirinya. Ekoran itu, apabila mereka memulai serangan di Masjidil Haram, maka tidak salah mempertahankan diri walaupun terpaksa berlaku pertumpahan darah[47].

 

[27] ayat ini menyebut bahawa di pihak kafir, apabila mereka memulakan SERANG, maka di pihak islam pula, boleh MEMBUNUH mereka. Kenapa tidak kata bahawa di pihak Islam BOLEH MENYERANG BALAS?

Apabila disebut PERANG قتال, tidak semestinya membunuh قتل. Ketika orang kafir memulakan serangan, dibimbangi di pihak islam jadi tidak berani membunuh. Justeru, dengan mereka memulakan SERANGAN pun, sudah memadai mereka dibunuh.

 

[28] Menurut USAIMIN, Apabila mereka mulakan serangan di Masjidil Haram, maka boleh lakukan serangan kepada mereka secara mubalagah[48].

 

كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ (191)

 

(Kalau orang kafir itu memulakan perang. Tambahan pula di masjidil haram. Pasti tindakan mereka itu amat melampaui batas. Maka amat sesuai) balasan yang diberikan kepada orang-orang kafir itu.

 

[29] Sudah menjadi sunnatullah bahawa orang kafir memang layak dapat pembalasan begitu; iaitu apabila mereka sudah meletakkan hasrat dalam HATI MEREKA untuk memerangi, memang layak mereka diperangi.

 

[30] Ia selaras dengan firman Allah;

 

{وَجَزَآءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا ... } [الشورى: 40]

Balasan kejahatan itu adalah kejahatan setandingnya.

 

فَإِنِ انْتَهَوْا

 

(ketika tengah berperang, tiba-tiba) mereka berhenti (dari perang, sama ada dengan genjatan senjata atau mereka memeluk Islam)

 

[31] Maksud dengan mereka berhenti itu adalah;

a.                  Ada kata, mereka berhenti dari syirik dan perang. Ini pendapat ZAMAKHSYARI[49] dan IBN AL-JAWZI[50].

b.                  Ada kata, berhenti dari kufur[51] dan syirik. Ini pendapat AL-HASAN al-BASRI[52] dan USAIMIN[53].  Hujah mereka, pada sambungan ayat menyebut ALLAH MAHA PENGAMPUN yang bermaksud mereka memeluk agama Islam[54].

c.                   Ada kata, mereka berhenti dari memerangi walaupun mereka masih kekal dalam kekufuran[55]. hal ini kerana, konteks ayat menyebut berkenaan perang.

 

فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (192)

 

(Disebabkan mereka berhenti dari perang, maka perlu berhenti. Jika mereka memeluk Islam, maka perlu ingat bahawa) Allah itu Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang.

 

[32] Maksud ALLAH MAHA PENGAMPUN dalam konteks ayat;

a.                  Ampun jika mereka bertaubat dari syirik dan dosa mereka[56].

b.                  Ampun jika mereka berhenti dari berperang[57].

 

[33] Apabila disebutkan MAHA PENYAYANG;

a.                  Ia seragam dengan sifat PENGAMPUN. Apabila ada sifat penyayang, sudah pasti mudah memberi keampunan.

b.                  Dalam keadaan perang pun, konsep PENYAYANG masih diangkat agar perang itu sekadar untuk hentikan kerosakan yang lebih besar sahaja.

[34] ASYUR kata, walaupun diletakkan pada sifat ALLAH yang maha PENGAMPUN dan maha PENYAYANG, tetapi yang tersirat disebalik ayat adalah meminta agar orang islam membina sikap dengan dua sifat ini, iaitu ORANG ISLAM itu perlu ada sikap pemaaf dan penyayang[58].

 

[35] BEBERAPA MAKLUMAT;

(1)                IBN AL-JAWZI manyatakan, ayat ini mansukh dengan ayat pedang[59].

(2)                QURTUBI[60] dan IBN ASHUR[61] kata, ayat ini dijadikan sandaran oleh setengah ulama bahawa tindakan BUGHAH yang memulakan serangan terhadap sesebuah negara, maka boleh dilakukan serangan balas.

(3)               ABU HANIFAH menggunakan ayat ini sebagai dalil bahawa orang kafir yang masuk ke tanah haram tidak boleh dibunuh kecuali jika dia masuk untuk berperang[62].

(4)                Cara komunikasi dengan kafir adalah, lakukan kepada mereka sepertimana mereka lakukan kepada orang Islam[63]. Hal ini kerana, terdapat tiga lafaz yang menjurus kepada makna yang sama pada satu ayat ini sahaja;

وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ

فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ

كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ

 

 



[1] razi:5/189

[2] Qurtubi:2/351

[3] Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab

[4] Hamka:1/446

[5] Kasyaf:1/236

[6] Razi:5/289

[7] asyur:2/202

[8] Zad:1/155

[9] Usaimin:2/378

[10] qurtubi:2/351

[11] Zahrah:580

[12] Kasyaf:1/236

[13] Qurtubi:2/351 |  | Zahrah:580

[14] Razi:5/289

[15] Razi:5/289

[16] Usaimin:2/378

[17] Razi:5/290 | Qurtubi:2/ 354

[18] Kasyaf:1/236

[19] Kasyaf:1/236

[20] Razi:5/290

[21] Kasyaf:1/236

[22] Zad:1/155

[23] Razi:5/289.

[24] Zad:1/155

[25] Hamka:1/446

[26] Kathir:1/ 525

[27] Asyur:2/202

[28] Asyur:2/202

[29] Usaimin:2/377

[30] Zahrah:580

[31] Razi:5/290

[32] Hamka:1/446

[33] Zad:1/155 | razi:2/351

[34] Razi:2/351

[35] qurtubi:2/351

[36] Zad:1/155 | razi:2/351

[37] Qurtubi:2/351  | kathir:1/525

[38] Qurtubi:2/352 | zahrah:582

[39] Qurtubi:2/351

[40] Qurtubi:2/352

[41] Qurtubi:2/352

[42] Asyur:2/205.

[43] Qurtubi:2/352

[44] Qurtubi:2/352

[45] Asyur:2/205.

[46] Qurtubi:2/353

[47] Hamka:1/446

[48] usaimin:2/379

[49] Kasyaf:1/236

[50] Zad:1/155

[51] Zad:1/155

[52] Razi:5/291

[53] Usaimin:2/381

[54] Razi:5/291

[55] Zad:1/155

[56] Zad:1/156

[57] Zad:1/156

[58] Asyur:2/206

[59] Zad:1/156

[60] Qurtubi:2/353

[61] Asyur:2/204

[62] Asyur:2/205

[63] Usaimin:2/381

No comments:

Post a Comment

(2) AL-BAQARAH 196

AL-BAQARAH 2:196   وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَ...