Monday, July 17, 2023

(2) AL-BAQARAH 193

 

AL-BAQARAH 2:193

 

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ (193)

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 192

AYAT 193

 

Suruhan ambil sikap kasih sayang dalam perang. Ekoran itu, kalau mereka berhenti dari perang, maka perlu berhenti juga dari perangi mereka.

 

 

Suruhan agar perang itu dalam kerangka fitnah. Hal ini kerana, permusuhan hanya terhadap orang zalim.

 

[1] Dalam ayat 190, dijelaskan bilakah perang itu boleh dimulakan. Dalam ayat 193 ini pula, dijelaskan bilakah perang itu perlu berakhir[1].

·       Perang dimulakan apabila musuh memulakan serangan terlebih dahulu.

·       Perang itu berakhir, apabila sudah hilang fitnah.  

 

[2] MASA TURUN AYAT: menurut HAMKA, ayat ini diturunkan sejurus Nabi saw selesai dari menunaikan UMRAH AL-QADHA’. Iaitu, semasa Nabi dan para sahabat menunaikan ibadat Umrah al-Qadha’, para Musyrikin mekah tidak berani untuk halang Nabi dan para sahabat dari beribadat. Makanya, mereka keluar dari kota mekah selama lima hari. Mereka hanya melihat Nabi dan para sahabat beribadat dari jauh; menerusi celah rumah-rumah dan bukit-bukit.

Semasa menunaikan tawaf dan Sa’ie, Nabi saw arahkan para sahabat bersikap gagah seperti tentera yang mampu hadapi perang; ada yang berlari dan ada yang anggap dada. Nabi arahan begitu kerana baginda tahu bahawa muyrikin mekah sedang memerhatikan mereka.

Walaupun ada berhala-berhala di keliling kaabah, itu tidak disentuh langsung oleh Nabi dan para sahabat. Hal ini kerana, Baginda mahu elak dari dituduh bahawa kononnya baginda mulakan perang.

Setelah selesai Umrah al-Qadha’, baginda saw pun menjemput pemuka-pemuka Quraish agar hadir majlis perkahwinan nabi saw dengan Mainunah (adik kepada Ummu al-Fadhl yang merupakan isteri al-Abbas bin Abdul Muttalib). Maimunah adalah adik kepada Khalid bin al-Walid.

Pemuka-pemuka Quraish itu tetap tidak mengizinkan Nabi adakah walimah di Mekah. mereka minta Nabi keluar dengan kadar yang segera dengan meminta agar Nabi saw berpegang dengan perjanjian Hudaibiyyah.

Baginda akur dan berangkat ke kampung SARF yang juga disebut sebagai WADI FATIMAH. Di situ Baginda adalah walimah Nabi dan Maimunah[2].

 

[3] ayat ini kaedah umum, iaitu tujuan dan kemuncak bagi perang adalah hindari sebarang fitnah dalam agama. MUHAMMAD ABDUH kata, perangi musuh itu sehingga mereka tidak ada kekuatan lagi dari menyakiti dan melakukan tindakan yang datang fitnah pada agama dan mereka tidak dapat lagi halang dakwah dan menzahirkan islam[3].

 

[4] Apabila dakwah islam tidak dapat dihalang lagi, sudah pasti sebaran terhadap agama Islam akan mudah berlaku. Dengan itu, agama ini akan menjadi agama dunia kerana sudah dianuti secara faham.

 

[5] Apabila Islam sudah tersebar, permusuhan akan mudah dihadapi. Namun, ada pula yang degil, maka mereka adalah orang zalim. Apabila mereka zalim, maka permusuhan hanya berlaku kepada yang zalim sahaja.

 

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ

 

“dan peragilah mereka (musuh-musuh Allah) sehingga tidak ada fitnah lagi”

 

[6] dalam Tafsiran Hamka: perangi itu sampai mereka tunduk betul-betul dan mengaku kalah dan tidak berrani lagi mengadakan fitnah sebab kekuatan mereka sudah habis[4].

 

[7] Dalam mentafsirkan ayat ke-191, sudah dijelaskan makna fitnah adalah seperti berikut;

(a)                AL-ZAMAKHSYARI kata, UJIAN dan MEHNAH yang tertimpa manusia sehingga mereka rasa terazab yang lebih dahsyat dari bunuh[5].

 

(b)               AL-RAZI kata, maksud dengan FITNAH adalah AZAB AKHIRAT[6].

(c)                IBN MAS’UD, IBN ABBAS, IBN UMAR, QATADAH dan sebagainya[7] kata, maksud FITNAH adalah SYIRIK. Hal ini kerana, dari sudut dosa, syirik lebih besar berbanding membunuh[8].

Dalam penjelasan IBN ABBAS pula, kekufuran adalah fasad di bumi yang boleh membawa kepada kezaliman dan pembunuhan. Dan dosa syirik itu, menjadikan pelakunya kekal dalam neraka, sedangkan membunuh tidak menjadikannya kekal[9].

(d)               MUJAHID kata, Orang yang murtad dari agama[10].

(e)               Menurut HAMKA,  fitnah, hasutan, gangguan dan seksaan yang sejak kamu memeluk Islam mereka timpakan ke atas dirimu sampai kamu terpaksa berhijrah meninggalkan kampung halaman, sehingga tercetus perang dan sebagainya, itu ternyata lebih dahsyat  berbanding bunuh di medan perang[11].

(f)                 IBN KATHIR kata, kufur, syirik, menghalang orang dari Jalan Allah; semua ini lebih dahsyat dan lebih besar berbanding membunuh[12]. Pentafsiran IBN KATHIR ini selaras dengan ayat ke-94, Surah al-Baqarah.

(g)                IBN ASYUR kata, maksud fitnah dalam ayat adalah mewujudkan rasa takut dan mencarik sistem kehidupan[13]. Atas ulasan itu, ASYUR kata, dalam perjanjian HUDAIBIYYAH bahawa orang islam meletakkan syarat bahawa tidak berlaku PEPERANGAN selama 10 tahun[14].

(h)               USAIMIN pula menyebut, maksud firnah adalah menghalang manusia dari agama mereka (صد الناس عن دينهم). Fitnah adalah kemuncak bagi dosa, bahkan lebih teruk dari dosa membunuh, kerana orang yang terbunuh terputus dari mendapat kelazatan dunia, sedangkan fitnah akan memutuskan manusia dari kelazatan dunia dan akhirat[15].

 

[7] Jika dilihat pada ayat ini, kelihatan pentafsiran (e) & (g) lebih dekat dengan makna fitnah dari sudut konteks ayat. Namun;

(a)                ZAMAKHSYARI[16] memilih makna SYIRIK kerana melihat sambungan ayat yang menyebut: agama itu untuk Allah. ini juga pentafsiran IBN AL-JAWZI. Beliau nukilkan IBN ABBAS berkata: iaitu tauhid yang suci[17]. Qurtubi kuatkan lagi dengan hadith;

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لَا إله إِلَّا اللَّهُ

 

Qurtubi turut menukilkan bahawa ini adalah pendapat IBN ABBAS, QATADAH, AL-RABI’ dan AL-SUDDIY[18]. IBN KATHIR juga berpendapat sebegini[19].

RAZI menukilkan pendapat yang memilih tafsiran SYIRIK dan KUFUR dengan alasan mereka, fitnah yang para kuffar lakukan itu adalah dengan memberi tekanan kepada para sahabat di mekah sehingga mereka terpaksa berhijrah ke Habsyah. Demikian juga, sehingga sahabat ada berhijrah ke Madinah. semua ini berpunca para sahabat tidak mahu kembali kepada kekufuran. Justeru, maksud ayat adalah: PERANGI MEREKA SEHINGGA KAMU DAPAT ZAHIRKAN ISLAM KAMU TERHADAP MEREKA SEHINGGA MEREKA TIDAK MENIMBULKAN FITNAH LAGI TERHADAP AGAMA KAMU, MAKA KAMU TIDAK PERLU BIMBANG UNTUK DIPAKSA MENJADI KAFIR[20].

(b)               ABU MUSLIM kata, maksud fitnah dalam ayat ini adalah kesalahan JENAYAH PERANG. Hal ini kerana, konteks asal ayat adalah KEIZINAN PERANG APABILA MUSUH MEMULAKAN SERANGAN[21].

(c)                AL-RAZI kata, perlu lihat pada KEBIASAAN, iaitu perang yang dilancarkan itu bersebabkan agama. Justeru, dari sudut tersebut, fitnah bermaksud KEKUFURAN dan KESYIRIKAN. Bermakna, apabila berjaya hilang kekufuran dan kesyirikan, punca terhadap punca perang itu sudah tidak ada lagi[22].

(d)               Dalam kupasan SHIHAB pula, memandangkan kota mekah perlu dijadikan kota damai, maka sebarang unsur-unsur yang boleh membawa kepada peperangan agama perlu dilakukan di Mekah. justeru, tidak hairan ada yang tafsirkan fitnah dalam ayat ini adalah kesyirikan[23].

(e)                SHIBAB juga kemukakan pendapat bahawa jika konteks ayat ini melihat kepada tindakan puak kafir yang tekanan terhadap muslim, justeru maksud fitnah dalam ayat ini adalah KETIDAK-ADILAN, PENGANIANAYAAN FIZIK seperti menafikan KEBEBASAN BERAGAMA, kerana semua ini adalah bentuk-bentuk permusuhan[24].

(f)                 USAIMIN kata, terhindar fitnah adalah mereka berhenti dari melarang Muslim dari menyampaikan ayat-ayat Allah dan mereka memeluk islam atau mereka membayar jizyah[25].

 

[8] Perkataan حتى (hingga) pada perkataan حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ ada pemaknaan seperti berikut;

(a)                Ia sama dengan makna الى (kepada), iaitu ghayah (tujuan akhir). Justeru makna ayat: perangi mereka yang KESAN AKHIRNYA adalah tidak ada fitnah lagi.

(b)               Ia bermakna كَيِ التَّعْلِيلِيَّةِ yang diterjemah dengan SUPAYA. Justeru makna ayat: perangilah mereka SUPAYA FITNAH TIDAK ADA LAGI[26].

 

وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

 

“dan agama ini adalah milik Allah”

 

[9] Dalam Surah al-Anfal, firman Allah;

(وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ) (9: 39)

 

[10] maksud dengan “ADALAH AGAMA UNTUK ALLAH”;

(a)                 RAZI kata, iaitu Allah itu disembah dan ditaati, serta selainNya tidak disembah dan tidak ditaati lagi[27].

(b)               REDHA kata, semua manusia itu bebas dalam menyembah Allah tanpa ada sebarang ketakutan. Tidak tertegah dari dakwah. Hal ini kerana, dalam konteks zaman itu, mekah mengikut undang-undang syirik dan kaabah menjadi tempat simpanan berhala. Orang Musyrik bebas dengan kesesatan mereka, sedangkan orang mukmin pula diikat dalam amalan agama[28].

(c)                USAIMIN kata, agama dapat dizahirkan dan menang adalah agama Allah[29].

 

[11] IBN KATHIR kata, ia hanya agama islam yang menolak semua agama-agama yang lain. ia dibawah maksud hadith—daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata: Nabi saw ditanya dari seorang lelaki berkenaan orang yang berperang dengan sebab tunjuk berani, dengan sebab semangat dan dengan sebab riya’; antara semua ini, manakah yang berada di jalan Allah. jawab nabi saw:

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، قَالَ: سُئِل النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يُقاتل شُجَاعَةً، وَيُقَاتِلُ حَميَّة، وَيُقَاتِلُ رِيَاءً، أَيُّ ذَلِكَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ: "مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فهو فِي سَبِيلِ اللَّهِ"

“Barangsiapa yang berperang untuk kalimah Allah yang paling tinggi, maka ia berada di jalan Allah[30]

Begitujuga, hadith bahawa Nabi saw bersabda;

أمرْتُ أنْ أقاتلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَإِذَا قَالُوهَا عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّهَا، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata: tiada tuhan kecuali Allah. apabila mereka berkata begitu, maka darah dan harta mereka terselamat dariku kecuali dengan haknya dan hisabnya atas Allah[31]

 

[12] ayat ini sebagai TA’KID terhadap ayat sebelum ini, iaitu “HILANG FITNAH IAITU SYIRIK”, makanya isbat bahawa “AGAMA INI SUDAH PASTI MILIK ALLAH”.

 

[13] Apabila Allah menyebut: “ADALAH AGAMA UNTUK ALLAH”, ini yang menyebabkan ditafsirkan fitnah sebagai SYIRIK. Hal ini kerana, tanpa apabila agama untuk Allah, sudah pasti tidak ada syirik lagi[32].

 

[14] Penting pada ayat ini untuk menampilkan tujuan perang itu lebih jelas. hal ini dapat dilihat pada satu kisah yang diriwayatkan oleh IBN KATHIR:

Dua orang lelaki datang kepada Ibn Umar ketika serangan terhadap ABDULLAH BIN ZUBAIR.

Kedua-dua itu berkata: Orang telah perlakukan (terhadap Ibn Zubair) sedangkan kamu adalah anak Saidina Umar dan sahabat Nabi. Apa yang menyebabkan kamu tidak kamu keluar (untuk pertahankan Ibn Zubair)?

Ibn Umar kata: Allah telah mengharamkan dari membunuh saudaraku sendiri. Itu yang menghalang aku dari keluar.

Kedua-dua itu berkata: bukankah Allah sudah berfirman: perangilah mereka sehingga ada fitnah lagi?

Jawab Ibn Umar: Kami berperang sehingga tidak berlaku fitnah dan agama itu untuk Allah. kamu pula mahu berperang sehingga berlaku fitnah dan agama bukan untuk Allah[33].

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَتَاهُ رَجُلَانِ فِي فِتْنَةِ ابْنِ الزُّبَيْرِ فَقَالَا: إِنَّ النَّاسَ صَنَعُوا وَأَنْتَ ابْنُ عُمَرَ وَصَاحِبُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا يَمْنَعُكَ أَنْ تَخْرُجَ؟ قَالَ: يَمْنَعُنِي أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ دَمَ أَخِي. قَالَا أَلَمْ يَقُلِ اللَّهُ: {وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ} ؟ قَالَ: قَاتَلْنَا حَتَّى لَمْ تَكُنْ فِتْنَةٌ وَكَانَ الدِّينُ لِلَّهِ، وَأَنْتُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تُقَاتِلُوا حَتَّى تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لغير الله

 

[15] Demikian dengan kisah: Seseorang lelaki datang kepada Ibn Umar dan berkata: Wahai Abu Abd al-Rahman, apa yang menyebabkan kamu tunaikan haji setahun dan umrah setahun dan kamu pula tinggalkan jihad di jalan Allah. kamu pun tahu bahawa Allah suka akan jihad?

 

Jawab Ibn Umar: Wahai Anak saudaraku, Islam itu dibina atas lima; iman kepada Allah dan RasulNya, solat lima waktu, puasa ramadan, tunaikan zakat dan haji di Mekah.

Dia berkata lagi: kamu tidak dengarkah Allah ada sebut dalam kitabNya: apabila ada dua pihak dari kalangan mukmin yang saling berbunuhan, maka islahkan mereka berdua. Jika salah seorang ingkar terhadap satu lagi, maka perangi orang yang ingkar itu sehingga datang urusan Allah. juga firman Allah: perangilah mereka sehingga tidak berlaku fitnah.

Ibn Umar kata: kami lakukan itu pada zaman Nabi dalam keadaan Islam masih sedikit. Orang yang melakukan fitnah pada agama, sama ada mereka bunuh dia atau seksa dia sehingga islam sudah ramai, maka tidak ada lagi fitnah.

Dia berkata: Apa pandangan kamu berkenaan Ali dan Osman?

Jawab Ibn Umar: Allah maafkan osman, sedangkan kamu tidak suka bahawa kamu memaafkannya. Ali pula, dia sepupu Rasulullah dan menantunya.

Ibn Umar pun isyarat tangannya seraya berkata: itu rumahnya yang kamu nampak[34].

أَنَّ رَجُلًا أَتَى ابْنَ عُمَرَ فَقَالَ [لَهُ] يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، مَا حَمَلَكَ عَلَى أَنْ تَحُجَّ عَامًا وَتَعْتَمِرَ عَامًا، وَتَتْرُكَ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَقَدْ عَلِمْتَ مَا رَغَّبَ اللَّهُ فِيهِ؟ فَقَالَ: يَا ابْنَ أَخِي، بُني الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: الْإِيمَانُ بِالْلَّهِ وَرَسُولِهِ، وَالصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَصِيَامُ رَمَضَانَ، وَأَدَاءُ الزَّكَاةِ، وَحَجُّ الْبَيْتِ. قَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَلَا تَسْمَعُ مَا ذَكَرَ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ: {وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ} [الْحُجُرَاتِ: 9] ، {وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ} قَالَ: فَعَلْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ الْإِسْلَامُ قَلِيلًا وَكَانَ الرَّجُلُ يُفْتَنُ فِي دِينِهِ: إِمَّا قَتَلُوهُ أَوْ عَذَّبُوهُ حَتَّى كَثُرَ الْإِسْلَامُ فَلَمْ تَكُنْ فِتْنَةٌ، قَالَ: فَمَا قَوْلُكَ فِي عَلِيٍّ وَعُثْمَانَ؟ قَالَ: أَمَّا عُثْمَانُ فَكَانَ اللَّهُ عَفَا عَنْهُ، وَأَمَّا أَنْتُمْ فَكَرِهْتُمْ أَنْ تَعْفُوا عَنْهُ، وَأَمَّا عَلِيٌّ فَابْنُ عَمِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَتَنَهُ، وَأَشَارَ بِيَدِهِ فَقَالَ: هَذَا بَيْتُهُ حَيْثُ تَرَوْنَ - صحيح البخاري برقم (4513-4515)

 

فَإِنِ انْتَهَوْا

 

“jika mereka berhenti...”

 

[16] maksud “MEREKA BERHENTI” dalam ayat adalah;

(A)               AL-ZAMAKHSYARI kata, mereka berhenti dari syirik[35].

(B)               RAZI kata, mereka berhenti dari melakukan segala punca yang menyebabkan perang, seperti kufur dan memulakan perang[36].

(C)               QURTUBI kata, berhenti dari kekufuran atau bersedia membayar Jizyah bagi konteks Ahli Kitab[37].

(D)               USAIMIN kata, berhenti dari mengangkat senjata dan berhenti dari mereka menjadi kufur serta kembali kepada Islam[38].

 

[17] jika dikatakan berhenti dari kekufuran, makanya mereka memeluk islam. Apabila mereka memeluk islam, itu menyebabkan dosa-dosa mereka yang lalu terampun. Hal ini merujuk kepada firman Allah;

قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ [الْأَنْفَالِ: 38]

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu

Namun, dalam konteks ayat, ia bukan dalam kerangka berhenti dari kufur, tetapi berhenti dari BERPERANG.

 

فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ (193)

 

“tidak ada permusuhan kecuali terhadap orang-orang yang zalim”

 

[18] REDHA kata, ayat ini sebagai TA’DIB kepada kafir agar mereka berhenti dari melakukan kezaliman[39].

 

[19] Maksud “TIADA MUSUH”;

(a)                Menurut IBN AL-JAWZI, maksud dengan عدوان (musuh) dalam ayat ini adalah الظلم (tindakan zalim). Ia memberi maksud balasan terhadap permusuhan adalah seiras dengan perilaku mereka[40].

(b)               USAIMIN kata, tidak ada permusuhan, maksudnya tidak ada مقاتلة iaitu tidak ada sebarang saling memerangai lagi[41].

(c)                Menurut AL-ZAMAKHSYARI, ayat ini bersifat MUSYAKALAH; iaitu, tidak boleh melawan terhadap orang zalim yang berhenti dari melakukan kezaliman. Hal ini selaras dengan firman Allah[42];

فَمَنِ اعْتَدى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ

(d)               Menurut RAZI, tidak ada bunuh kecuali terhadap orang yang tidak berhenti dari kekufuran. Hal ini kerana, mereka menjadi zalim itu berpunca dari kekufuran yang ada dalam hati mereka. Al-Quran ada menyebut;

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“sesungguhnya syirik itu adalah zalim yang amat besar[43]

 

[20] maksud dengan “ORANG-ORANG ZALIM” dalam ayat ini adalah:

(a)                IBN AL-JAWZI kata, orang-orang musyrik. Ini adalah pendapat IKRIMAH dan QATADAH[44].

(b)               QURTUBI kata, maksud orang zalim dalam ayat adalah, sama ada mereka MEMULAKAN PERANG, atau MEREKA KEKAL DENGAN KEKUFURAN[45].

 

[21] MENJADI DALIL:

(A)                           Kata IBN KATHIR, Ayat ini adalah dalil, jika muslim tetap memerangi mereka selepas mereka berhenti, maka muslim itu juga adalah zalim[46].

(B)                           kata REDHA, ayat ini menjadi dalil bahawa tidak boleh perangi semua orang kafir. Tetapi, diambil tindakan terhadap orang yang jenayah sahaja[47].

(C)                           SHIHAB kata, sesiapa sahaja yang melanggar tuntutan penghentian permusuhan, maka dia termasuk masuk orang zalim dalam konteks ayat, sama ada dia muslim, ataupun dia kafir[48].

 

PENJELASAN TAMBAHAN

[22] QATADAH dan satu jemaah dari kalangan mufassirin kata, ayat ini MANSUKH dengan ayat pedang[49].

 

[23] Dalam penjelasan IBN KATHIR pula, dalam riwayat ABU AL-‘ALIAH[50] berkenaan  ayat;

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ

 

Ayat ini adalah ayat pertama diturunkan berkenaan perang di Madinah. semenjak itu, Nabi saw tidak akan perangi kecuali terhadap orang yang perangi baginda; baginda tidak akan memulakan perang terhadap orang yang berhenti dari perang. Kejadian itu berlanjutan sehingga turun surah al-Taubah.

Demikian juga kata ABDUL RAHMAN BIN ZAID BIN ASLAM; ayat ini mansukh dengan firman Allah;

{فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ} [التَّوْبَةِ: 5]

Walaubagaimana pun, pentafsiran ini diteliti. Hal ini kerana, firman Allah: {الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ} itu mengandungi unsur, musuh mahu mencipta permusuhan terhadap Islam dan muslim. Hal ini dapat dilihat pada ayat ke-36 Surah al-Taubah;

{وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً} [التَّوْبَةِ: 36]

Difahami sebegitulah pada ayat ke-191;

 {وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ}

Walaubagaimana pun, dihikayatkan dari ABU BAKAR AL-SIDDIQ bahawa ayat yang mula-mula sekali turun berkenaan perang selepas hijrah ke Madinah adalah ayat ke-39 Surah al-Haj;

{أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا}

Menurut IBN KATHIR, ini adalah pendapat yang paling masyur berdasarkan sandaran hadith[51].

 

[24] AL-RAZI kata, ada kaum dakwa, ayat ini NASIKH terhadap ayat 191 Surah al-Baqarah. Hal ini kerana, kelihatan ayat ini bersifat UMUM, sedangkan ayat 191 bersifat KHUSUS, iaitu dibataskan dalam konteks masjidilil haram.

Pendapat itu dibantah oleh AL-RAZI dengan menyatakan bahawa dakwaan itu tidak sahih. Hal ini kerana, ayat 191 menjelaskan permulaan bagi keizinan perang di masjidil haram (iaitu jika musuh memulakan serangan) yang ia dalam konteks pendekatan yang paling akhir dalam usaha menjaga kehormatan tanah haram. Justeru, walaupun ayat 193 ini bersifat umum, dan ayat 191 bersifat khusus, takhsis muqaddam boleh berlaku terhadap umum yang muta’akkhir. Tambahan pula, Mazhab Syafie berpendapat, takhsis Umum tidak disyaratkan ayat umum itu diturunkan lebih awal. Takhsis boleh berlaku, walaupun ayat takhsis itu datang lebih awal berbanding ayat yang bersifat umum[52].



[1] Shihab:1/422

[2] Hamka:1/448

[3] manar:2/170

[4] Hamka:1/447

[5] Kasyaf:1/236

[6] Razi:5/290

[7] Zad:1/155

[8] Kasyaf:1/236

[9] Razi:5/289.

[10] Zad:1/155

[11] Hamka:1/446

[12] Kathir:1/ 525

[13] Asyur:2/202

[14] Asyur:2/202

[15] Usaimin:2/377

[16] Kasyaf:1/236

[17] Zad:1/156

[18] Qurtubi:2/354

[19] Kathir:1/525

[20] razi:5/291

[21] Razi:5/291

[22] Razi:5/292

[23] Shihab:1/422

[24] Shihab:1/422

[25] Usaimin:1/382

[26] Asyur:2/207

[27] Razi:5/292

[28] Manar:2/170

[29] usaimin:1/383

[30] Kathir:1/526

[31] kathir:1/526

[32] Razi:2/292

[33] kathir:1/526 | asyur:2/209

[34] Kathir:1/526

[35] Kasyaf:1/236

[36] Razi:5/292

[37] Qurtubi:2/354

[38] Usaimin:1/382

[39] Manar:2/170

[40] Zad:1/156

[41] Usaimin:1/383

[42] Kasyaf:1/236

[43] razi:5/292

[44] Zad:1/156

[45] Qurtubi:2/354

[46] Kathir:1/526

[47] manar:2/170

[48] Shihab:1/422

[49] Zad:1/156

[50] ABU JAAFAR kata,

قَالَ أَبُو جَعْفَرٍ الرَّازِيُّ، عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى

 

[51] Kathir:1/523-524

[52] Razi:5/291

No comments:

Post a Comment

(2) AL-BAQARAH 196

AL-BAQARAH 2:196   وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَ...